search
Log In
6 votes
89 views
Tahun ini terdapat beberapa insiden rasuk jambatan yang tumbang dan jatuh patah ketika dalam proses pembinaan......

Apakah JKR telah melaksanakan semakan dan kajian teliti terhadap punca kejadiannya dan pamerkan laporan tersebut sebagai satu rejukan Lesson Learned?

Apakah Method Statement (beam launching) yang jelas dan teliti ikut peringkat pembinaan merupakan satu serahan utama oleh kontraktor sebelum bermulanya proses pembinaan?

Apakah semua Method Statement pembinaan yang teliti dan bagus akan disimpan dan dijadikan sebagai satu rujukan penting untuk semua projek pembinaan?
in Risk Management 49,130 points 107 197 356

2 Answers

6 votes
Saya setuju dengan pandangan Mr Tan.

Method Statement berserta SOP yang baik perlu dibukukan dan dijadikan rujukan oleh pegawai2 JKR di Tapak. Kebanyakan kejadian beam jatuh disebabkan kecuaian aspek keselamatan di tapak. Diharapkan Method Statement dan SOP yang betul dapat digunakan untuk pemantauan semasa kerja kerja dilaksanakan di tapak.
3,930 points 3 22 54
4 votes
Pihak kontraktor boleh beri method statement, tetapi yang pentingnya adakah method statement yang dikemukakan mencukupi utk menghindar dari berlakunya kemalangan seumpamanya. Di peringkat JKR, sepatutnya telah ada keperluan minima yang diperlukan di kacamata JKR. Sehubungan dengan itu, method statement yang dimajukan oleh kontraktor dapat dikaji dan diulas oleh pegawai JKR di tapak atau/perunding di tapak. Sekurang-kurangnya ianya dapat mempiawai keperluan minima JKR dan difahami oleh semua yang terlibat di dalam projek seumpama ini.
50,250 points 25 104 239
...