search
Log In
5 votes
81 views
Adakah HOPT perlu terlibat di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kelambatan dan Lanjutan Masa (JKLM) yang diadakan oleh Pegawai Penguasa sebagai satu ahli jawatankuasa. Sekira iya, boleh nyatakan surat arahan tersebut?
in Procurement Management 15,670 points 20 42 116

2 Answers

7 votes

Serkadar memberi pandangan.....

Persoalan utama isu yang diusulkan oleh tuan lebih kepada penglibatan HOPT dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kelambatan dan Lanjutan Masa (JKLM) yang diadakan oleh Pegawai Penguasa. Memang menjadi amalan dalam projek JKR dimana semua pihak terlibat tidak kira mereka adalah dari kalangan HOPT, HODT atau Pasukan Projek akan ada peranan penting yang harus dimainkan sepanjang temoh projek sehingga ia diserahkan kepada Custodian Asset untuk tujuan senggara.

Pada pandangan saya penglibatan HOPT adalah amat penting kerana isu-isu berikut:-

  • Mereka perlu dan harus ketahui punca kejadian EOT, sebab mungkin kejadiannya adalah kerana kelemahan kontrak, kekurangan dalam rekabentuk, tempoh kontrak yang tidak cukup atau kos projek yang ditender adalah terlalu murah.
  • Segala punca yang menyumbangkan terjadainya isu EOT akan dijadikan sebagai pandangan untuk projek lain yang mempunyai keadaan fisikal yang sama.
  • Mereka juga boleh menyumbang dalam proses kajian untuk kelulusan EOT kerana mempunyai pengetuhuan perihal sejarah projek yang lebih teliti dan menyeluruh.
  • Mereka juga boleh menyumbang dalam semakan dan kiraaan tempoh EOT yang seharusnya diberikan kepada kontrak terbabit.
  • Outcome dan keputusan mesyuarat akan menjadi rujukan sebagai "Lesson Learnt" yang sangat bermanfaat.

        

48,840 points 106 195 351
edited by
6 votes
Pada pandangan saya HOPT tidak perlu hadir sebagai ahli. Di dalam kontrak hanya SO/Wakil SO telah diberi kuasa untuk mentadbir kontrak tersebut.

Walaubagaimana pun, HOPT atau mana-mana HODT yang berkaitan boleh dijemput sebagai co-opted member sekiranya terdapat isu-isu yang berkait dengan mereka yang menjurus kepada keperluan Lanjutan Masa.
50,150 points 24 102 239
0
Saya jua bersetuju dengan pendapat Tuan bahawa HOPT tidak perlu hadir ke mesyuarat tersebut tetapi boleh hadir sekiranya terdapat keperluan terhadap isu yang berkaitan diperingkat pra kontrak.
...