search
Log In
8 votes
58 views
Merujuk kepada Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 setiap penjana sisa bertanggungjawab untuk mengklasifikasikan sisa buangan yang dihasilkan dan perlu menguruskan buangan terjadual tersebut mengikut peraturan yang ditetapkan.

Di setiap pembinaan projek JKR terdapat penghasilan BT yang terhasil daripada mesin, jentera dan bahan binaan. Adakah setiap BT ini diuruskan mengikut peraturan yang ditetapkan dan adakah setiap pegawai JKR sedar tentang keperluan pemantauan pengurusan BT ini di tapak bina?
in Quality Management 3,380 points 4 13 27

3 Answers

4 votes
 
Best answer
Tuan,

Berdasarkan pengetahuan saya, keperluan pemantauan pengurusan BT di tapak bina ada dinyatakan di dalam BQ untuk kerja-kerja alam sekitar. BQ piawai ini ada disediakan oleh Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga (CASKT) untuk dimasukkan ke dalam keperluan kontrak bagi projek-projek di JKR. Kontraktor dan Pengurus Projek sewajarnya sedia maklum bagi keperluan pengurusan BT ini mengikut peraturan yang ditetapkan di tapak bina.
590 points 1 2 7
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian, Pn @hawaliza yes

2 votes
keperluan mengurus BT dalam projek JKR ada dinyatakan dalam SPAS JKR. pihak kontraktor adalah bertanggungjawab untuk mengenalpasti bahan buangan yang tersenarai dalam BT dan menguruskan pelupusan menggunakan kaedah yang ditetapkan oleh JAS.

untuk itu, BQ piawai projek jalan di JKR telah dibangunkan serta mengambil kira keperluan perundangan dengan mensyaratkan pelantikan pegawai alam sekitar (EO) oleh kontraktor. antara tanggungjawab EO adalah memantau pengurusan alam sekitar di tapak projek serta memastikan pematuhan kepada aspek perundangan berkaitan alam sekitar.
7,700 points 12 39 66
...