Sekadar memberi pandangan.....
Pada saya adalah lebih wajarnya HODT melaksanakan semakan dan kajian di tapak bina sepanjang proses pembinaan mengikut jadual program CPM dan mengadakan dialog dengan pihak HOPT, Projek Team dan wakil kontraktor untuk mendapat feedback yang lebih tepat dan komprehensif.
Melalui dialog dan semakan tersebut maka hubungan dikalangan pihak yang terlibat akan lebih erat dan feedback juga lebih tulus dan sasarannya juga tepat. Dengan adanya proses penyiasatan dan semakan di tapak bina yang teliti maka outcome dan laporan itu boleh dijadikan sebagai satu "Lesson Learned" yang komprehensif dimana semua pihak akan bermanfaat melaluinya.
Masalah yang kerap dihadapi yang mungkin dapat membantu:-
- Perincian yang kurang atau tidak tepat.
- Ukuran lukisan perincain yang dibekalkan adalah tidak mencukupi atau tidak tepat.
- Cadangan penggunaan bahan yang susah mendapat pembekalan.
- Cadangan penggunaan bahan yang lapuk ikut era pembinaan.
- Cadangan penggunaan bahan yang hanya dimonopoli oleh satu pembekal sahaja.
- Penggunaan spasifikasi yang kurang tepat.
- Cadangan sistem rekabentuk tidak jelas.
- Kurang penglibatan semasa proses pembinaan.