search
Log In
8 votes
53 views

Merujuk kepada pelan strategik JKR, maklumbalas kajian Kepuasan Pelanggan bagi pelaksanaan projek merupakan salah satu pengukuran yang perlu dicapai oleh JKR. Soalan saya, adakah setiap HODT di setiap Sektor Pakar perlu mendapatkan sendiri atau perlu melalui HOPT bagi maklumbalas Kajian Kepuasan Pelanggan untuk setiap projek yang telah direkabentuk?

Selain itu, adakah mempunyai mekanisma lain bagi mendapatkan maklumbalas kajian kepuasan pelanggan selain daripada menyerahkan borang SPB secara 'hardcopy' kepada pihak pelanggan?

in Stakeholder Management (PM) 3,280 points 4 13 26

1 Answer

7 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Pada saya adalah lebih wajarnya HODT melaksanakan semakan dan kajian di tapak bina sepanjang proses pembinaan mengikut jadual program CPM dan mengadakan dialog dengan pihak HOPT, Projek Team dan wakil kontraktor untuk mendapat feedback yang lebih tepat dan komprehensif.

Melalui dialog dan semakan tersebut maka hubungan dikalangan pihak yang terlibat akan lebih erat dan feedback juga lebih tulus dan sasarannya juga tepat. Dengan adanya proses penyiasatan dan semakan di tapak bina yang teliti maka outcome dan laporan itu boleh dijadikan sebagai satu "Lesson Learned" yang komprehensif dimana semua pihak akan bermanfaat melaluinya.

Masalah yang kerap dihadapi yang mungkin dapat membantu:-

  • Perincian yang kurang atau tidak tepat.
  • Ukuran lukisan perincain yang dibekalkan adalah tidak mencukupi atau tidak tepat.
  • Cadangan penggunaan bahan yang susah mendapat pembekalan.
  • Cadangan penggunaan bahan yang lapuk ikut era pembinaan.
  • Cadangan penggunaan bahan yang hanya dimonopoli oleh satu pembekal sahaja.
  • Penggunaan spasifikasi yang kurang tepat.
  • Cadangan sistem rekabentuk tidak jelas.
  • Kurang penglibatan semasa proses pembinaan.
48,840 points 106 195 351
edited by
...