search
Log In
6 votes
82 views
Berapa anggaran kos untuk pemasangan hot roll steel roof trusses dan cold form steel trusses bagi kerja-kerja menganti atap sebuah masjid (500 jemaah) serta adakah kaedah pemasangan hot rolled steel roof trusses telah diluluskan oleh CKAS?
in Structure 180 points 2 5

2 Answers

6 votes
Hot rolled steel adalah menggunakan section yang standard dan berpandukan kepada keperluan BS dan EN sediada. Ini amat berbeza dengan cold form, dimana setiap section yang digunakan adalah berbeza dan bergantung dengan system provider yang terbabit. Sehubungan dengan itu, penggunaan cold form roof trusses adalah dikawal dari setap aspek pembekalan, rekabentuk sehingga ke pemasangan di mana hanya system provider yang diluluskan dan disenaraikan sahaja yang dibenarkan untuk mengambil bahagian di dalam  projek JKR.

Manakala penggunaan hot rolled steel pula tidak perlu mendapat kelulusan CKAS, pihak SO hanya perlu memastikan segala bahan yang digunakan adalah berpandukan kepada spesifikasi dan rekabentuknya pula berpandu kepada MS EN 1993 ataupun BS 5950.

Mengenai harga pula, saya tidak akan ulas dan adalah diluar bidang saya.
50,250 points 25 104 239
2 votes

Rough estimation :

Cold formed trusses is RM150/m2

Hot rolled trusses is RM200/m2

Note: Rough estimation shj ya, for budgeting purposes

1,490 points 2 5 15
0

TQVM for the useful info, Ir @emmysherina yes

...