search
Log In
10 votes
101 views
Sebagaimana yg kita semua sedia maklum, ramai pegawai senior JKR telah/sedang/akan meninggalkan Jabatan dlm tempoh 3 tahun ini atas faktor persaraan.

Contohnya pada hari ini, Pengarah Kanan CKBA1, YBhg. Datuk Ir Muhammad Azman Jamrus telah mula bersara wajib selepas 37 tahun bersama JKR Malaysia.

Mengambil kira pengetahuan, kepakaran dan pengalaman yg dimiliki oleh pegawai2 ini sepanjang berbakti kpd Jabatan dan Negara, adakah langkah yang perlu diambil bg memastikan isu brain drain ini dapat ditangani dengan berkesan?
in Human Resource Management 7,460 points 5 22 53

4 Answers

3 votes
Saya fikir di sini bukannya isu brain-drain. Isu yang lebih besar ialah macam mana nak menangani isu brain-training dikalangan warga JKR. Mari bincang.
11,780 points 15 40 80
3 votes
Saya percaya JKR akan masih berfungsi dengan baik walaupun terdapat dan juga akan terdapat ramai pegawai senior yang akan bersara di dalam tempoh terdekat ini. Sistem latihan sediada dan juga dokumen-dokumen yang telah disediakan akan dapat membantu pegawai muda untuk terus mendapatkan pengalaman dan pengetahuan.
50,250 points 25 103 239
5 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Pada pendapat saya isu Brain Drain bukan sekadar berlaku dikalangan P & P, bah peranan kumpulan sokongan yang merupakan pengasas dalam perlaksanaan tugas harian yang perlu bermula dari peringkat awal lagi juga sering kali diabaikan.

Setahu kita semua bahawa ia memang menjadi polisi atau amalan dimana P & P hanya dibenarkan berkhidmat disesuatu tempat kerja untuk tempoh +- 3 tahun sahaja, maka adalah sukar untuk mereka memperolehi kompetensi yang secukup dalam sesuatu bidang tertentu sebelum ditukarkan. Disamping itu proses untuk memperolehi paras atau peringkat kompetensi mengikut bidang yang sedang diamalkan juga kurang efektif dalam proses tapisannya. Apakah SME yang telah dilantik tidak memainkan peranan yang cukup demi membantu dalam mengatasi isu ini? Atau ramai dikalangan kakitangan JKR yang mengamalkan konsep kedekut untuk berkongsikan ilmu kerana takutkan kedudukan mereka tercabar atau terlalu taksub mengejar peluang untuk kenaikan pangkat? Apakah semua soalan tersebut telah dikaji dengan telitinya oleh pihak atasan.

Isu yang paling penting adalah, apakah kaedah yang sedang diamalkan itu mencukupi untuk membawa JKR kearah satu tahap keutuhan yang mampu mengwujudkan lapisan pelapis yang secukup demi mengelakkan berlakunya kejadian brain drain? Mungkin kita selalu mengamalkan konsep "beras dalam tempayan dah kehausan baru sedar perlu mendapatkan bekalan yang secukup".

Mungkin sudah mejadi sedikit lewat untuk berbincangkan isu yang penting ini, kerana ramai pakar (yang tidak diberi status sebagai SME), otai yang berpangalaman dan SME akan bersara dalam setahun dua lagi. Disamping itu proses untuk memperolehi ilmu pengetahuan memakan masa yang lama, kerana kita perlu melalui pendedahan proses kerja itu demi memperolehi pengalaman yang secukupnya. Harap JKR akan mengambil berat terhadap isu ini demi memperkasakan kedudukannya selaku agensi utama perihal isu teknikal dalam bidang segala pembinaan.

49,130 points 107 197 356
edited by
4 votes
Pengalaman mendewasakan seseorang pegawai. Kalau diperhatikan disekitar, JKR mempunyai banyak projek yang boleh dijadikan medan mendapatkan ilmu dan pengalaman. Cabaran cabaran baru berdepan dengan kontraktor yang lebih peka dengan kontrak dan juga pelanggan yang melibatkan diri di dalam pengurusan projek, ianya akan menjadikan pegawai JKR lebih baik dan resilient.

Kepercayaan harus diberi kepada barisan pelapis untuk menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh pegawai otai.
50,250 points 25 103 239
...