Sekadar memberi pandangan.....
Pada pendapat saya isu Brain Drain bukan sekadar berlaku dikalangan P & P, bah peranan kumpulan sokongan yang merupakan pengasas dalam perlaksanaan tugas harian yang perlu bermula dari peringkat awal lagi juga sering kali diabaikan.
Setahu kita semua bahawa ia memang menjadi polisi atau amalan dimana P & P hanya dibenarkan berkhidmat disesuatu tempat kerja untuk tempoh +- 3 tahun sahaja, maka adalah sukar untuk mereka memperolehi kompetensi yang secukup dalam sesuatu bidang tertentu sebelum ditukarkan. Disamping itu proses untuk memperolehi paras atau peringkat kompetensi mengikut bidang yang sedang diamalkan juga kurang efektif dalam proses tapisannya. Apakah SME yang telah dilantik tidak memainkan peranan yang cukup demi membantu dalam mengatasi isu ini? Atau ramai dikalangan kakitangan JKR yang mengamalkan konsep kedekut untuk berkongsikan ilmu kerana takutkan kedudukan mereka tercabar atau terlalu taksub mengejar peluang untuk kenaikan pangkat? Apakah semua soalan tersebut telah dikaji dengan telitinya oleh pihak atasan.
Isu yang paling penting adalah, apakah kaedah yang sedang diamalkan itu mencukupi untuk membawa JKR kearah satu tahap keutuhan yang mampu mengwujudkan lapisan pelapis yang secukup demi mengelakkan berlakunya kejadian brain drain? Mungkin kita selalu mengamalkan konsep "beras dalam tempayan dah kehausan baru sedar perlu mendapatkan bekalan yang secukup".
Mungkin sudah mejadi sedikit lewat untuk berbincangkan isu yang penting ini, kerana ramai pakar (yang tidak diberi status sebagai SME), otai yang berpangalaman dan SME akan bersara dalam setahun dua lagi. Disamping itu proses untuk memperolehi ilmu pengetahuan memakan masa yang lama, kerana kita perlu melalui pendedahan proses kerja itu demi memperolehi pengalaman yang secukupnya. Harap JKR akan mengambil berat terhadap isu ini demi memperkasakan kedudukannya selaku agensi utama perihal isu teknikal dalam bidang segala pembinaan.