search
Log In
14 votes
112 views
Mohon pihak pentadbir mengemaskini senarai moderator.
in Moderator (Special) 11,090 points 10 33 77

5 Answers

12 votes
Saya pun setuju kerana terdapat banyak nama pegawai yang telah bersara dan ada juga yang telah meninggal dunia masih ada di dalam senarai tersebut.
50,150 points 24 102 239
9 votes

Terima kasih Pn @SKhadijah dan Tn Ir @azudin atas maklumbalas. 

Pihak pentadbir portal kini sedang di dalam proses untuk mengemaskini senarai moderator dengan mendapatkan maklumbalas daripada setiap domain kepakaran. Senarai terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Mohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Khairil Hizar Md Khuzaimah
Unit ECKM, CPAB

49,750 points 33 88 176
11 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Pelantikan moderator yang kompeten dan aktif akan merangsang penggunaan portal ini kerana JCoP merupakan satu paltform yang sangat bagus untuk berinteraksi dikalangan kakitangan JKR terutama:-

  • Ia sangat bermanfaat kepada kakitangan yang ingin memperolehi jawapan yang lunas terhadap sesuatu isu dimana kepastian itu perlu diperolehi.
  • Ia tetap menjadi satu platform yang sangat informatik untuk peningkatan ilmu pengetahuan.
  • Ia boleh dijadikan platform untuk perbentangan isu dan adakan perbincangan demi menjelaskan isu-isu yang masih kabur kefahamannya.
  • Ia boleh meningkatkan minat terhadap bidang tertentu dikalangan pekerja.

Akhir kata pihak atasan perlu ambil berat dan serius terhadap perkembangan portal ini demi memartabatkan keunggulan JKR selaku angensi teknikal terulung dan terbesar sejak dahulu lagi dan mampu kekalkan statusnya buat selamanya.

48,820 points 106 195 351
7 votes

Sy amat bersetuju dengan cadangan @TanCK mengenai keperluan kpd moderator yang kompeten dan aktif bg memastikan soalan yg diajukan oleh pengguna di Portal JCoP mendapat respons yang diperlukan. Sekiranya tidak, dikhuatiri tidak ramai yg akan menggunakan portal interaktif ini. Mohon pihak urusetia portal mengambil berat mengenai perkara ini. Terima kasih!

7,480 points 5 22 53
7 votes

Saya amat bersetuju dengan jawapan drpd @TanCK. Sebagai tambahan, JCoP juga boleh dijadikan sebagai 

  1. Platfom percambahan idea
  2. Portal brainstorming

bagi mendapatkan sesuatu keputusan bagi sesuatu isu / masalah atau strategi baru.

3,640 points 3 16 43
edited by
...