search
Log In
3 votes
19 views
Penggunaan sisa plastik untuk turap jalan satu teknologi yang menarik. Adakah semua plastik yang dibuang boleh digunakan, sebagai contoh PVC dan PS?
in Pavement 3,580 points 11 33 40

1 Answer

4 votes

Pada pandangan saya, kita seharusnya memberi tumpuan pada sisa plastik yang dibuang oleh isi rumah (kebanyakannya digunakan untuk membungkus seperti beg plastik – sisa plastik ini lebih dikenali sebagai household plastic packaging waste). Sisa plastik inilah yang kemungkinan besar akan menyebabkan pencemaran alam sekitar dan hanyut masuk ke dalam laut. Antara enam negara iaitu China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam yang dikatakan menyumbang 60% dari 8 juta tan sisa plastik ke dalam lautan di dunia setiap tahun, penduduk di Malaysia adalah yang paling banyak menggunakan plastic packaging iaitu kira-kira 16 kg setiap orang setahun, diikuti Thailand 15.5 kg. Plastik jenis inilah yang sepatutnya diberi keutamaan untuk dikitar semula termasuk untuk digunakan sebagai additive di dalam bahan turapan jalan. Kebanyakan plastik yang dibuang akan dikumpul bersama sampah lain di tempat pembuangan sampah, dan lambat laun akan hanyut ke dalam sungai dan laut oleh air hujan. Plastik yang dibuang isi rumah kebanyakkannya ialah jenis LDPE yang lembut dengan suhu cair yang rendah yang sesuai untuk digunakan sebagai additive turapan jalan. Namun, sisa plastik ini sukar dikitar semula oleh kerana ia kebiasaannya bercampur dengan sisa makanan. PVC adalah keras, tidak boleh digunakan untuk dibancuh dengan bitumen pada suhu sekitar 150 oC. Manakala PS pula, semakin banyak PS jenis bio-degradable yang digunakan dan oleh itu tiada keperluan untuk dikitar semula.                  

15,950 points 4 30 81
...