search
Log In
15 votes
89 views
Adakah kursus yang dilaksanakan di CREaTE membantu peserta dalam melaksanakan kerja selepas berkursus?
in Miscellaneous 3,640 points 3 16 43
4
bergantung kepada peserta itu sendiri. kalau minta kursus yang tiada kaitan dengan kerja semestinya ia tak membantu bila kembali ke pejabat.
jadi pandai-pandailah mohon kursus yang bersesuaian dengan kerja semasa atau minat. sekurang-kurangnya nanti akan memberi manfaat, kalau bukan kepada organisasi paling tidak diri sendiri..
2

Terima kasih di atas maklumbalas @shnizam. Adalah menjadi harapan kami yg bertugas di CREaTE terutamanya di bahagian yang mengendalikan kursus berharap semua peserta yang menghadiri kursus di CREaTE mendapat manfaat drpd setiap kursus yg mereka hadiri lebih-lebih lagi dapat mengaplikasikan pembelajaran yg diperolehi drpd kursus yg telah mereka hadiri. Ianya tidak terhad kepada kursus yg dihadiri ada perkaitan atau tidak dengan kerja hakiki mereka. 

4 Answers

7 votes
pada saya membantu ..tetapi kalau pergi kursus sekadar utk dapat 5 -7 hari kursus maka ianya tidak akan membantu dan tiada weightage , walaupun berkursus di tempat yang terbaik sekalipun .... cuma CREATE  boleh buat penambahbaikan terhadap kursus yang dianjurkan bagi diselarikan dengan keperluan semasa
4,430 points 3 15 54
3

Alhamdulillah dan terima kasih di atas maklumbalas @mzaini.

Pemilihan peserta kursus keutamaannya adalah berdasarkan analisa CI pegawai, pencalonan drpd KPPKL dan akhir sekali baru terbuka kepada pegawai-pegawai lain.

Oleh yang demikian, peserta kursus terdiri drpd mereka yang memerlukan kompetensi kursus yang ditawarkan. 

7 votes
Sekadar memberi pandangan.....

Semua jenis kursus kakal akan ada manfaatnya dan pasti akan membantu peserta dalam urusan kerjaya dengan syarat pemilihannya adalah bersesuian dan ada kaitan dengan tugas kerja harian tidak kiranya dari kalangan kursus di CREaTE atau di luar. Disamping itu nota yang disediakan perlu dikaji rapi moga ia akan dijadikan rujukan bila-bila masa.

Maka segala nota yang diperolehi itu perlu sentiasa dirujukpakai dan bukan biar ia ditemani lipas dalam laci. Kalau nota ditemani lipas maka segala peluang perolehan ilmu akan terlepas.
48,820 points 106 195 351
2

Terima kasih di atas maklumbalas @TanCK. Kami amat berterima kasih kepada semua penceramah yang telah menyediakan nota kursus mereka. Mereka terdiri drpd penceramah yg amat kompeten dalam bidang masing2 dan nota yg dikeluarkan amat berkualiti.

Semua nota kini dalam proses dimuatnaik ke dalam JPedia untuk memudahkan semua peserta memuat turun nota yg mereka kehendaki bahkan ia boleh dijadikan sebagai bahan rujukan kepada semua pegawai JKR pada bila-bila masa yg mereka kehendaki.

7 votes

Tujuan utama kursus dilaksanakan di CREaTE adalah untuk meningkatkan kompetensi warga JKR agar dapat meningkatkan produktivitinya dalam tugasannya di pejabat.

Bagi menjawap soalan samada kursus di CREaTE membantu peserta kursus atau tidak adalah perlu kepada ' facts and figure'  yang boleh  diperolehi dari kaji selidik Borang J (Penilaian Prestasi Staf Selepas Menghadiri Kursus) dalam Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JKR. yang perlu disi oleh penyelia kepada peserta kursus selepas enam (6) bulan  peserta menghadiri kursus.

Borang Lampiran J  mengandungi empat (4) soalan umum iaitu soalan mengenai ::

(i)              Kesesuaian latihan dengan kerja semasa staf,

(ii)             Tahap penggunaan latihan dalam menjalankan tugas,

(iii)            Peningkatan kualiti dan hasil kerja staf dan

(iv)            Perubahan pada sikap positif staf.

Walaubagaimanpun borang J ini perlu penambahbaikan bagi memberikan maklumat yang lebih  tepat .

 

7,240 points 9 29 47
4 votes

Kursus atau program dijalankan di CREaTE bertujuan untuk memastikan pengetahuan/pengalaman yang dimiliki oleh tenaga pengajar dapat dipindah/dikongsi bersama dengan peserta yang hadir. Ini adalah objektif asas aktiviti tersebut diadakan.

Melalui pemindahan ilmu pengetahuan, ianya berpotensi untuk mempertingkatkan kompetensi sedia ada yang dimiliki oleh peserta. Berpotensi disebabkan, dalam proses memperkasakan kompetensi, terdapat tiga elemen utama yang berkait rapat antara satu sama lain; ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap/tingkahlaku yang terlibat.

  • Ilmu pengetahuan diperolehi melalui kursus yang dilaksanakan secara formal di CREaTE atau informal hasil daripada sesi perkongsian ilmu tak kira di mana2 tempat seperti brown bag/bring your own mug/tazkirah. 
  • Kemahiran pula bergantung kepada tahap/kadar kekerapan satu2 perkara dilakukan. Semakin kerap sesuatu aktiviti dilakukan (contoh menggunakan aplikasi BIM), pastinya kebolehan dan kemahiran akan meningkat.
  • Yang paling penting, semestinya sikap/tingkahlaku yang bertunjangkan kepada keadaan kognitif peserta tersebut. 

Sekiranya peserta yang hadir ke CREaTE untuk berkursus, hadir dengan niat dan minda yang positif untuk mendalami sesuatu bidang di samping mengambil peluan berinteraksi dengan tenaga pengarar/rakan peserta bagi membina rangkaian professional, sudah semestinya program yang dihadiri akan banyak membantu meningkatkan kompetensi yang diperlukan dalam melaksanakan tugasan di pejabat.

7,480 points 5 22 53
...