Teknik yang dilaksanakan sekarang nampak bagus dan berkesan terutamanya kepada penerangan [email protected] kepada fundamental mahupun teori asas. Dalam daripada itu saya mencadangkan supaya penerangan kepada keperluan kepada pegawai dari segi perkara yang perlu disemak dan perlu tahu semasa menerima dokumen daripada perunding atau kontraktor perlu juga diberi keutamaan dalam kursus.
Ramai yang diantara kita telah berkhidmat lama dan rata penerangan mereka juga kepada lesson learned namun dari segi pembuktian contoh dokumen yang salah dan telah disemak tidak disertakan akan menyebabkan peserta yang hadir tidak dapat memahami secara holistik. Ada juga kursus yang melibatkan software seperti Plaxis, MS Project dan sebagainya diperlukan dalam penerangan asas. Penekanan kepada real time situation juga perlu diberikan keutamaan.
Ini kerana dokumen atau laporan yang diterima oleh kita secara umumnya hampir tiada yang perfect. Hampir semuanya perlu penambahbaikan. Jika tiada ilmu untuk itu kita 'terpaksa' terima seadanya. Mungkin atas perkara ini pihak CREaTE dapat memberi penekanan tersebut.
Sekadar perkongsian. Terima kasih.