Jika mengikut Model Kirkpatrick, Pre dan post question adalah penilaiain tahap dua (2) bagi menilai sejauh mana peserta kursus telah memperolehi ilmu dari kursus tersebut.
Model Penilaian Kirkpatrick merangkumi empat tahap penilaian iaitu :
Tahap 1 (Reaksi) : Pada penilaian tahap satu ini yang diukur adalah reaksi peserta terhadap perjalanan kursus, jadual kursus, kandungan kursus, kompetensi tenaga pengajar, fasiliti/kemudahan kursus, penginapan dan katering. Secara ringkasnya samada peserta menyukai/berpuas hati terhadap kursus ini.
Tahap 2 (Pembelajaran) : Pada penilaian tahap dua ini yang diukur adalah apakah peserta belajar atau tidak dalam kursus. Apakah ada peningkatan kompetensi (Skill, Knowledge, Attitude) setelah peserta menyelesaikan sesi kursus. Secara ringkasnya samada peserta ada mempelajari sesuatu.
Tahap 3 (Perlakuan) : Pada penilaian tahap tiga ini yang diukur adalah apakah ilmu kursus dapat diterapkan ke dalam pekerjaan sehari-hari atau tidak. Keterlibatan penyelia peserta dalam penilaian ini adalah diperlukan. Penyelia dapat memberikan tugasan berupa pembuatan Action Plan kepada peserta kursus. Action Plan yang dibuat tentu terkait dengan topik kursus yang telah diikuti oleh peserta kursus tersebut. Secara ringkasnya adalah samada peserta telah menggunakan (aplikasi) ilmu yang dipelajari dari kursus/ ke tempat bekerjanya dan terdapat perubahan kelakuan dari segi peserta menjalankan tugasnya di tempat bekerjanya.
Tahap 4 (Hasil) : Pada penilaian tahap empat ini yang diukur adalah apakah hasil kursus dapat memberikan impak positif bagi pelan bisnis jabatan atau tidak. Apa dan seberapa besar impak tersebut. Misalnya dari sisi kualiti kerja, apakah ada peningkatan kualiti kerja, dari sisi kuantiti kerja apakah ada peningkatan, dari sisi masa rekabentuk apakah ada penjimatan masa merekabentuk, dari sisi komplain, apakah ada penurunan, dan sebagainya. Secara ringkasnya apakah hasil dari perubahan kelakuan peserta dalam kerja sehariannya terhadap KPI jabatan.