search
Log In
8 votes
28 views
Adakah pre & post question sesuai sebagai tools penilaian penambahan kompetensi peserta kursus atau sebagai penilaian kompetensi penceramah dalam menyampaikan ceramahnya kepada peserta kursus? Mohon penjelasan bagi keputusan yang diberikan.
in Miscellaneous 3,670 points 3 16 43

4 Answers

5 votes
Penilaian pre dan post yang dilaksanakan sekarang boleh dikekalkan kerana peserta dapat mengetahui dengan lebih tepat tentang perkara apa yang perlu diberi perhatian khusus dalam sesi kursus tersebut. Mungkin penambahbaikan boleh dibuat dimana pre dan post question tersebut boleh dibuat secara lebih interaktif seperti online question dan bukan dibuat secara di atas kertas. Elemen psikologi juga memain peranan dalam penyampian dan penerimaan ilmu dalam sesi kursus. Sekarang ini banyak free online quiz boleh dibuat dan peserta boleh menjawab dengan menggunakan smartphone masing-masing. Antara free online quiz yang boleh dibuat seperti classmaker, quiz maker dan kahot. Saya sendiri pernah menjalankan quiz secara online dan ini secara langsung menjadikan sesi kursus lebih menyeronokkan dan peserta juga dapat mengambil peluang dalam bertanya soalan dan sebagainya. Di sini juga saya mencadangkan supaya slaid pembentangan oleh setiap penceramah juga perlu dibuat lebih interaktif dan banyak free slide online boleh didapati dengan slaid yang lebih kreatif dan innovatif.

Sekadar perkongsian. Terima kasih.
14,000 points 4 33 96
1

Terima kasih atas maklumbalas Tn @mhafizs

Kami ambil maklum akan perkara di atas dan boleh diangkat ke peringkat atasan.

4 votes

Penggunaan soalan ujian pre & post sesuai untuk diteruskan bagi menilai tahap kefahaman peserta kursus. Namun demikian, adalah penting solan tersebut adalah relevan dan signifikan

7,460 points 5 22 53
2 votes

Jika mengikut Model Kirkpatrick, Pre dan post question adalah penilaiain tahap dua (2) bagi menilai sejauh mana peserta kursus telah memperolehi ilmu dari kursus tersebut.

Model Penilaian Kirkpatrick merangkumi empat tahap penilaian iaitu :

Tahap 1 (Reaksi) : Pada penilaian tahap satu ini yang diukur adalah reaksi peserta terhadap perjalanan kursus, jadual kursus, kandungan kursus,  kompetensi tenaga pengajar, fasiliti/kemudahan kursus,  penginapan dan katering. Secara ringkasnya samada peserta menyukai/berpuas hati terhadap  kursus ini.

Tahap 2 (Pembelajaran) :  Pada penilaian tahap dua ini yang diukur adalah apakah peserta belajar atau tidak dalam kursus. Apakah ada peningkatan kompetensi (Skill, Knowledge, Attitude) setelah peserta menyelesaikan sesi kursus. Secara ringkasnya samada peserta ada mempelajari sesuatu.

Tahap 3 (Perlakuan) : Pada penilaian tahap tiga ini yang diukur adalah apakah ilmu kursus dapat diterapkan ke dalam pekerjaan sehari-hari atau tidak. Keterlibatan penyelia peserta dalam penilaian ini adalah diperlukan. Penyelia dapat memberikan tugasan berupa pembuatan Action Plan kepada peserta kursus. Action Plan yang dibuat tentu terkait dengan topik kursus yang telah diikuti oleh peserta kursus tersebut. Secara ringkasnya adalah samada peserta telah menggunakan (aplikasi)  ilmu yang dipelajari dari kursus/ ke tempat bekerjanya dan terdapat perubahan kelakuan dari segi peserta menjalankan tugasnya di tempat bekerjanya. 

Tahap 4 (Hasil) : Pada penilaian tahap empat ini yang diukur adalah apakah hasil kursus dapat memberikan impak positif bagi pelan bisnis jabatan atau tidak. Apa dan seberapa besar impak tersebut. Misalnya dari sisi kualiti kerja, apakah ada peningkatan kualiti kerja, dari sisi kuantiti kerja apakah ada peningkatan, dari sisi masa rekabentuk apakah ada penjimatan masa merekabentuk, dari sisi komplain, apakah ada penurunan, dan sebagainya. Secara ringkasnya apakah hasil dari perubahan kelakuan peserta dalam kerja sehariannya terhadap KPI jabatan.

7,240 points 9 29 47
1 vote
Ya sesuai. Penceramah dapat menilai sama ada peserta memahami apa yang telah disampaikan. Satu tool yang baik.
12,670 points 11 24 91
...