search
Log In
3 votes
25 views
Persoalannya, apakah tindakan pegawai atasan di Cawangan dan Negeri dalam menggunapakai pegawai PO sediada dalam memastikan ilmu dan amalan diaplikasikan dan dikembangkan di pelusuk bahagian dlm Cawangan atau di setiap daerah bg setiap Negeri?
in Project Management 3,670 points 3 16 43
edited by

1 Answer

1 vote
 
Best answer

Terdapat perkara UTAMA yang perlu diberi perhatian untuk perkara ini iaitu:

Pegawai-pegawai yang dilantik menjadi PO perlukan dilatih, dibimbing dan dipantau dalam menggunakan segala kaedah di dalam Project Management Tool seperti PO negeri perlu lengkap ilmu dan pratikal mengenai Gerbang Nilai, Pengurusan Risiko, Penjadualan Projek, Project Health Check, Intervensi dan Penggunaan MS dalam pemantauan projek. Ini kerana PO negeri dilihat sebagai 'kaki' dan 'tangan' kepada JKR Negeri seluruhnya. Ini merujuk kepada projek yang diterima seperti berikut:

a) Pelaksaan GN dan Risiko perlu dilaksanakan pada peringkat penerimaan projek dan PO memainkan peranan yang penting dalam hal ini dalam membimbing dan memantau pelaksaan perkara tersebut. 

b)Projek yang berjalan dalam tempoh pembinaan PO perlu tahu dalam semakan program kerja dan bimbingan kepada daerah diperlukan meskipun kelulusan Program Kerja terletak pada Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai Penguasa.

c)Projek yang lewat dari jadual perlu dilaksanakan Intervensi dan Project Health Check. Adalah terbaik sekiranya PO sendiri mengetuai pelaksaan intervensi dan membimbing serta memberi khidmat nasihat apa perkara yang perlu dibuat oleh daerah atau pasukan projek seperti meminta menyediakan Recovery Plan oleh pihak Kontraktor, memantau RP tersebut setiap minggu dan sekiranya tidak capai surat amaran perlu dikeluarkan. Selain itu, menasihati permohonan EOT sekiranya terdapat keperluan sedemikian dan EOT perlu dilaksanakan menerusi CPM bagi melihat keberkesanan isu yang dimohon lanjutan oleh pihak Kontraktor. Semua ini pengalaman dan latihan diperlukan oleh seorang PO.

d)Memantau projek dan perlu analisa kepada setiap projek serta menasihati Pegawai Penguasa dalam perkara yang perlu dilihat kepada Projek [email protected] seperti mengadakan mesyuarat khas pemantauan projek dengan kehadiran kontraktor, membuat draf persetujuan kontraktor dalam menyiapkan baki kerja dan sebagainya.

Semua perkara ini perlu diberi perhatian sebaiknya oleh pihak atasan dalam melantik pegawai PO samada di negeri mahupun cawangan. Pihak CREaTE boleh berganding bahu dalam menyediakan latihan dan on job training kepada pegawai PO yang baru dilantik dalam memastikan setiap elemen yang disyorkan oleh JKR Malaysia dapat dipraktikkan dengan sempurna di semua negeri dan cawangan.

Sekadar perkongsian. Terima kasih.

14,000 points 4 33 96
selected by
0

Terima kasih di atas maklumbalas Tn @mhafizs

Saya bersetuju dgn pendapat tuan. 

Ya betul PO memainkan peranan yg amat penting dlm memastikan pelaksanaan projek dilaksanakan sebaiknya oleh semua pengurus projek dan pasukan projek dgn mempraktikkan / amalan terbaik  pengurusan rojek. 

PO adalah orang kanan pengarah caw atau negeri. Mereka adalah tunggak / mata kepada pengarah / pengarah kanan. Maka gunakanlah PO team sepenuhnya disamping memastikan mereka kometen dlm melaksanakan tugas yg diamanahkan kepada mereka.

...