search
Log In
4 votes
38 views
Adakah terdapat spesifikasi baharu terhadap pemasangan sistem lif/eskalator di mana "chimes/bell" tidak lagi diperlukan? Beberapa projek kendalian JKR dilihat sudah tidak ada ciri pemasangan tersebut.
in Mechanical 440 points 3 5 12

1 Answer

1 vote

Spesifikasi Sistem Lif terkini masih lagi menetapkan pemasangan Hall Lantern perlu dilengkapi dengan stroke gong/chime. Ini bagi melancarkan trafik dan memudahkan pengguna mengenalpasti lif yang akan tiba, terutamanya jika terdapat tiga (3) atau lebih lif pada sesuatu lobi. Namun, bagi lif yang menggunakan * Landing Operation Panel (LOP), stroke gong/chime ini tidak diperlukan. LOP kebiaasannya digunakan untuk lobi yang mempunyai dua (2) lif atau kurang. Namun keperluan pemasangan ini tertakluk kepada keperluan pelanggan dan kehendak designer.

*LOP adalah Call Panel yang mempunyai call button, floor indicator dan directional indicator.

620 points 1 2 6
...