search
Log In
8 votes
59 views
Ketika Peraturan Kawalan Pergerakan (PKP)  ini (18 Mac hingga 29 April 2020), ada cadangan mengenai tajuk kursus Online yang mesti CREaTE sediakan untuk warga JKR, dan cadangan bagaimana pelaksanaan kursus online ini?
in Human Resource Management 7,240 points 9 29 47

2 Answers

5 votes

Sy ingin mencadangkan kursus/program yang berbentuk sesi perkongsian, bual bicara ataupun soal jawab bagi bidang2 berkaitan [teknikal/bukan-teknikal] yang tidak memerlukan sesi hands-on/aplikasi yang spesifik.

Sesi ini tidak lama, cukup sekadar 30 - 45 mins bagi memastikan peserta memberi sepenuh perhatian.

Kaedah pelaksanaan yang paling terbaik adalah dengan menggunakan vc Skype for Business dan boleh disokong dengan aplikasi atas talian seperti Slido/Kahoot/PollEv dan sebagainya.

7,460 points 5 22 53
6 votes

Saya amat bersetuju dengan pandangan pendapat @AzMH79 di mana dalam waktu PKP ini, keputusan mengenai isu2 yg timbul perlukan jawapan yang cepat untuk diselesaikan, maka sesi perkongsian, bual bicara atau soal jawap (sesama pegawai yg bertanggungjawab, pegawai SME dan pegawai yang  berkaliber dalam menyelesaikan sesuatu isu atau perkara) amatlah bersesuaian berbanding kursus online semasa waktu PKP ini. 

Bagaimanapun, kursus online adalah satu cadangan yang baik dan boleh dijadikan sebagai salah satu methodology penyampaian latihan dan digabungkan di dlm CBT selepas waktu PKP hasil daripada pembelajaran melalui pengalaman kita di kala PKP. 

Bagaimanapun, saya mencadangkan teknik pembelajaran secara online yang bersesuaian adalah secara live streaming. Ini adalah kerana penceramah boleh 

  1. Menentusahkan kehadiran peserta dengan pembuktian mereka dlm cam
  2. Menyediakan pre n post test dan mendapat jawapan on the spot melalui cam atau whatsup semasa streaming
  3. Memberi latihan hands-on secara online dan jawapan terus melalui cam.
  4. Menjawap apa sahaja soalan peserta on spot
  5. Menilai kesungguhan / prestasi peserta semasa streaming.
Sekiranya methodology ini ingin dilaksanakan dalam waktu PKP, penceramah mesti bersedia melaksanakan perubahan ini. Mungkin medium yang boleh digunakan adalah dengan webex. Bagaimanapun penceramah serta peserta perlu mempunyai internet yang laju untuk memastikan kelancaran peelaksanaan kursus online tersebut.
3,670 points 3 16 43
2
Mungkin saya boleh tambah yang mana pihak CREaTE boleh melaksanakan projek perintis bagi kursus online ini yang mana kehadiran peserta boleh dibuat semasa di pejabat tanpa melibatkan kehadiran ke CREaTe Alor Gajah. Ini secara tidak langsung menjimatkan perkara terutama kepada peserta yang jauh dan melibatkan kursus tanpa hands-on yang banyak. Boleh dicadangkan buat satu contoh kursus online ini. Terima kasih.
...