search
Log In
6 votes
17 views
Sepertimana kita sedia maklum, pekerja JKR kesemuanya knowledgeable (berilmu kerana semuanya dilantik kerana mempunyai sijil, diploma, ijazah bahkan sarjana atau kedoktoran)

Apa yang diperlukan oleh warga JKR adalah kompetensi melaksanakan kerja (mengaplikasi kompetensi).

Oleh yang demikian, adakah kursus online bersesuaian kepada warga JKR atau kursus bercorak CBT lebih bersesuaian?
in Miscellaneous 3,670 points 3 16 43
edited by

1 Answer

4 votes

Saya berpandangan kedua-duanya melengkapi antara satu dengan yang lain

Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Sekiranya digabungkan dan ditawarkan kepada peserta, sudah pasti ianya akan memberi impak yang lebih berkesan.

Kursus secara atas talian (Internet/Video Conference) mudah untuk dilaksanakan (teknologi sudah semakin ke hadapan), kos yang kompetitif (tidak memerlukan peserta untuk menghadiri secara fizikal), menjimatkan masa perjalanan ke tempat kursus dan boleh dihadiri oleh ramai peserta

Akan tetapi, impaknya tidak seperti sekiranya peserta menghadiri kursus di bilik kuliah (sesi perbincangan/hands-on yang interaktif bersama pengajar/peserta dan suasana yang kondusif).

Dengan menambil kira aspek adult learning di kalangan warga JKR, ada baiknya sekiranya pihak Jabatan mempertimbangkan agar kedua-dua kaedah ini dapat digabungkan bagi mewujudkan satu ekosistem pembelajaran yang dinamik.

7,460 points 5 22 53
2

Terima kasih di atas cadangan @AzMH79. I really appreciate it. InsyaAllah akan kami pertimbang cadangan tuan untuk mempelbagaikan teknik pembelajaran bg warga JKR. TQ

3

Cadangan yang baik untuk memulakan pembelajaran secara e-learning. Moga setiap aspek untuk pembelajaran ini diambil kira terutama sekali fasiliti talian internet yang baik, peralatan pembelajaran yang baik dan juga interaktif pembelajaran yang baik bagi mengelakkan fokus pembelajaran hilang.

InsyaAllah akan dipermudahkan. yes

1

Terima kasih @Hairuddin Hamdan. Ya saya setuju dengan pendapat tuan berkenaan keperluan fasiliti talian internet yg baik, peralatan pembelajaran yang baik dan interaktif pembelajaran yg baik untuk memastikan peserta fokus dan berminat dengan teknik pembelajaran yg disampaikan.

Sebenarnya, ia memerlukan keperluan internet yg laju daripada kedua belah pihak, penceramah dan setiap peserta yang terlibat di dlm proses pembelajaran secara online.

...