Sekadar pendapat saya yang naif..
Saya yakin dengan tindakan yang dibuat dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dalam mengawal serta menangani wabak Covid-19 ini.
Meskipun keadaan di Malaysia boleh dikatakan 'baik' daripada negara-negara yang lain, segala tindakan yang dibuat adalah berdasarkan kepada pendapat, kajian, penilaian, maklumbalas dan sebagainya yang melibatkan kumpulan profesional dari segenap kepakaran.
Ini secara langsung dapat meminimumkan penularan wabak berlaku dalam negara. Seperti yang diwarkan oleh pihak Kerajaan Malaysia mengenai melibatkan kerja kontraktor, saya pasti kontraktor-kontraktor mengambil tindakan yang sebaiknya dalam pematuhan SOP yang dikeluarkan dan saya mengaku akan ada ketidakpatuhan berlaku dan kerjasama semua pihak dalam mengawal penularan ini amat diperlukan.
Kerja ini tidak melibatkan orang perseorangan, ia melibatkan sebuah keluarga.
Harap wabak ini akan pulih secepat mungkin dan kita boleh bersama menghirup udara Malaysia yang segar dan mengambilan semangat yang baru untuk pembangunan negara dan rakyat.
Terima kasih.