search
Log In
7 votes
62 views
Sebagaimana dunia sedia maklum, berikutan pandemik Covid-19, Kerajaan telah mewartakan PKP bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu. Oleh itu, bilakah masa yang sesuai untuk menetapkan tarikh milik tapak sesuatu projek?

Adakah pengeluaran SST ini dibuat setelah PKP berakhir, walaupun warga JKR boleh bekerja dari rumah? Ini kerana mesyuarat pra pembinaan perlu dilaksanakan dengan kehadiran HOPT, semua dispilin HODT, Pegawai Penguasa dan juga kontraktor berjaya.

#stayathome
in Contract Management 17,220 points 20 43 120

2 Answers

7 votes
 
Best answer

Pandangan naif dari saya...

Jika merujuk kepada Panduan Pentadbiran Kontrak Edisi ke-3 dibawah tajuk Surat Setuju Terima Tender pada muka surat 135 item 7.7.3 menyatakan bahawa " ...Surat Setuju Terima hendaklah dikeluarkan kepada kontraktor yang berjaya secepat mungkin sebaik sahaja keputusan Lembaga Perolehan diperolehi dan dalam tempoh sah laku tender". Ini menunjukkan bahawa SST perlu dikeluarkan segera setelah keputusan Lembaga Perolehan diperolehi. Namun begitu, Lembaga Perolehan boleh melanjutkan tempoh sah laku tender seperti yang dinyatakan pada item 7.5.7 yang mana "Pengerusi Lembaga Perolehan diberi kuasa untuk melanjutkan tempoh sah laku tender".

Sekiranya SST ingin dikeluarkan juga pada 28 April 2020 dan terjadinya pertambahan tempoh PKP, Pegawai Penguasa perlu memberi arahan kepada Kontraktor untuk pindaan Tarikh Milik Tapak dan tempoh dibenarkan pindaan adalah selama 90 hari tempoh seperti yang dinyatakan dlm COC 203A Klause 38.4 & 38.5 bawah tajuk Posession of Site.

Ini bermaksud tidak menjadi masalah sekiranya SST ingin dikeluarkan selepas 28 April 2020. Mesyuarat Pra-Pembinaan boleh dibuat setelah Tarik Milik Tapak yang baru diberikan kepada pihak Kontraktor dan mempunyai tempoh dalam masa 14 hari untuk melaksanakan mesyuarat tersebut.

Harap membantu. Terima kasih.

14,000 points 4 33 96
selected by
4

Terima kasih Tn @mhafizs atas penerangan yang jelas yes

2

Alhamdulilah,, terima kasih di atas pencerahan tersebut.  Maka ATDA perlu disediakan dan siap ditandatangani bagi pengeluaran SST.  Memadai menggunakan ATDA pdf memandangkan kita tidak digalakkan hadir ke pejabat?
yes

4 votes

Berdasarkan Soalan Lazim Perolehan Kerajaan oleh Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan  Malaysia yang dikemaskini pada 10 April 2020 adalah dirujuk. 

- Sebarang program/projek yang telah dikeluarkan SST atau telah mempunyai kontrak dan tidak disenaraikan di dalam senarai perkhidmatan penting negara (essential service) hendaklah ditangguhkan melalui arahan bertulis dalam tempoh PKP.

Pada pandangan saya, Surat Setuju Terima (SST) perlu dibuat selepas PKP berakhir atas faktor berikut:

- projek/program yang telah dikeluarkan SST perlu ditangguh, inikan pula projek baru yang belum dikeluarkan SST. 

- Pelaksanaan untuk untuk pengeluaran SST, tandatangan dari SO dan kontraktor. Jika NSC, bagaimana proses menandatangani SST antara Kontraktor Utama, NSC (N4, N5, N7) dan SO (N3 dan N6). 

27,760 points 38 98 205
edited by
2

Terima kasih atas perkongsian, Ir @khudri yes

1
Dari FAQ tersebut disarankan hendaklah ditangguhkan sekiranya tiada dalam senarai perkhidmatan penting negara.
...