Pada pandangan saya, berdasarkan pengamatan saya risiko utama dalam pengurusan fasititi di sektor awam ialah menyelesaikan perolehan kerja/barangan luak menepati kehendak Pekeliling Perbendaharaan. Sunggup pun telah lama berada dalam bidang pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan bangunan dan lebuhraya di sektor swasta, namun menjaga penyelenggaraan fasiliti sektor awam adalah sukar. Seperti yang sedia maklum, penyelenggaraan melibatkan kos yang besar dan amat sukar difahami oleh pemilik fasiliti tambahan pula mereka telah berbelanja besar untuk menyediakannya. Namun selaku pengurus fasiliti, kita perlu menerangkan/meyakinkan pemilik tentang kepentingan penyelenggaraan.
Pengalaman bulan pertama saya ialah dua kali naik-turun Pejabat Perbendaharaan di Kem Kew Putra Jaya semata-mata kerana terdapat salah tafsir had kontraktor mekanikal seperti dalam Pekeliling CIDB. Banyak risiko pelanggaran pekeliling semasa menjalankan kerja-kerja kecemasan yang mana kerja terpaksa dilaksanakan sebelum LO dikeluarkan. Perancangan yang teliti perlu dilaksanakan. Terdapat juga masalah dalam menentukan tahap pembaikan maksima terhadap sesuatu kerosakkan kerana adakalanya penilaian hanya dapat dilakukan setelah sesuatu kerja pembaikan dijalankan. Maka akan timbul seolah-olah pengulangan kerja yang amat digemari untuk dijadikan modal pertanyaan/teguran audit.
Selain melaksanakan penyelenggaraan rutin dan berkala, kualiti pembinaan adalah antara perkara yang perlu dititik beratkan bagi menjamin kos penyelenggaraan kecemasan dapat diminimakan.
Secara amnya dalam pengurusan fasiliti risiko adalah unik dan tidak sama dalam semua keadaan, masa dan lokasi. Mereka yang pakar dalam suatu organisasi tidak pasti akan menyerlah disuatu lokasi yang lain atas faktor keperbagaian manusia/pemilik mentafsirkan keperluan pengurusan fasiliti.
Sekadar pandangan...