search
Log In
4 votes
16 views
Di manakah dan bagaimana pemeriksaan kenderaan baharu jabatan dilaksanakan. Apakah dokumen yang perlu dibawa dan adakah perlu membuat temujanji.
in Miscellaneous 17,030 points 20 43 120

1 Answer

3 votes

Pendapat naif saya:

Untuk perkara ini boleh saya katakan bahawa pihak Puan menerima kenderaan baharu jabatan dan apakah tindakan yang perlu dilakukan.

Untuk perkara pertama yang biasa dilakukan di mana-mana kontrak adalah sebelum mengisi borang penerimaan kenderaan (Borang seperti di PK4.6 Lampiran 4), adalah perlu memastikan kenderaan yang diterima adalah sama seperti yang dinyatakan didalam kontrak termasuk spesifikasi yang diperlukan. Untuk perolehan kereta baharu, pihak Puan perlu menyemak seperti berikut:

  1. Geran Kenderaan perlu diberi dan perlu memastikan kenderaan adalah baharu iaitu tahun pembuatan kenderaan tersebut, pendaftaran nama kenderaan atas siapa, insuran kenderaan sah termasuk nama pemandu dicatat dalam insuran tersebut. 
  2. Menyemak nombor enjin kenderaan tersebut sama di geran kenderaan.
  3. Melihat secara luaran kenderaan yang memastikan tiada yang mencurigakan seperti ada kesan langgar, calar yang teruk, cermin tidak retak dan sebagainya.

Ini adalah antara perkara-perkara yang dilihat kerana tiada senarai semak yang spesifik untuk perkara ini. Sekiranya pihak Puan berpuas hati, barulah borang penerimaan diisi.

Harap membantu. Terima kasih.

14,000 points 4 33 96
0
Ya tuan, terima kasih di atas pendapat tersebut.  Selanjutnya apakah proses yang saya perlu diambil untuk tujuan pemeriksaan kenderaan tersebut?
1
Ada ketika yang mana pemeriksaan di buat di show room kenderaan. Untuk perkara ini adalah perlu dipastikan spesifikasi yang dinyatakan di kontrak sama kepada kenderaan tersebut terutama kepada CC kenderaan tersebut. Sebagai contoh untuk Toyota Hilux, perlu dipastikan kapasiti samada 2.3 atau 3.0 meskipun bentuk dan jenis kenderaan adalah sama.
0
terima kasih di atas bantuan tuan. semoga kita sama-sama mendapat munafaat dari semua jawapan yang diberikan,
...