search
Log In
4 votes
42 views
Adakah perakuan bayaran interim perlu dilaksanakan seperti biasa dalam tempoh PKP?  Pengemukaan dokumen adakah seperti biasa, iaitu dokumen asal/original perlu dimajukan ke Unit Kewangan?  Atau memadai dengan email dokumen yang berkaitan? Sekiranya memerlukan dokumen asal, maka menggalakkan pekerja keluar bekerja sedangkan kerajaan meminta terus berada di rumah.
in Contract Management 17,220 points 20 43 120

1 Answer

4 votes

Pandangan naif saya:

Untuk perkara ini pihak Puan boleh merujuk kepada FAQ Soalan Lazim Perolehan Kerajaan Berikutan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan  (18 Mac 2020 - 28 April 2020) di Portal Pekeliling Perbendaharaan.

Untuk soalan pihak Puan boleh saya kaitkan dengan FAQ Proses Bayaran pada Soalan 6, 7 dan 8 yang mana pembayaran perlu dibuat selaras dengan syarat kontrak. Sekiranya kontrak puan mempunyai pembayaran secara ePerolehan adalah tidak menjadi masalah tentang pembayaran. Namun begitu, dari segi kaedah kehadiran dan proses penyediaan pembayaran perlu mendapat nasihat daripada pihak SO pasukan projek puan kerana ia melibatkan roadblock oleh pihak polis dan sebagainya. 

Berdasarkan kepada arahan kepada JKR yang mana kehadiran ke pejabat perlu mendapat pengesyoran daripada Pengarah dan perlu diluluskan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya. Ini sedikit sebanyak memerlukan masa dan ketelitian oleh pihak atasan. Adalah dicadangkan bahawa penyediaan pembayaran boleh dibuat secara maya atau scan document dan direkod semula setelah PKP selesai.

Harap membantu. Terima kasih.

14,000 points 4 33 96
1

Ya penyediaan pembayaran boleh dibuat secara maya atau scan document tetapi untuk proses bagi tujuan pembayaran dokumen asal diperlukan.

Terima kasih di atas kesudian tuan untuk berkongsi pendapat.smiley

...