Sekadar memberi pandangan.....
Sepatutnya isu ini tidak akan tertimbul kerana kebiasaannya kedua-dua pihak sudah pasti telah ada perbicangan dan kataputus tentang perlaksaan projek tersebut memandangan perkara-perkara berikut perlu dibnicang:-
- Sumbar dan punca kewangan.
- Lokasi projek.
- Status tanah.
- Tujuan perlaksaan projek.
- Keperluan perlaksanaan projek.
- Kriteria dan parameter serta spesifikasi projek.
Disamping itu semua Aset yang berstatus Tak Alih perlu buat penyerahan dan pendaftaran ke dalam Sistem MySPATA, kerana segala Aset Tak Alih perlu mendapat peruntukan untuk kerja penyenggaraan.
Maka adalah wajar proses penyerahan itu dilaksanakan memandangkan JKR telah diperuntukan Arahan KPKR 3/2009 perihal penyerahan aset projek.
Soal Kerajaan Negeri tidak ingin terima projek tersebut adalah agar jarang sekali berlaku melainkan proses perlaksanaannya adalah dimana lokasi projek tersebut berada didalam lot tanah kepuyaan Kerajaan Persekutuan dan kegunaannya adalah untuk pihak Persekutuan.
Di samping itu, kebiasaannya semua projek yang bakal dilaksanakan di lot tanah milik Kerajaan Negeri sudah pasti ada sesi perbincangan.