search
Log In
6 votes
35 views

Pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mempelawa pegawai dari kumpulan Pengurusan & Profesional, Jabatan ini untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Kerja Kursus) secara separuh masa di bawah tajaan Hadiah Latihan Persekutuan Separa Biasiswa (HLPSB) In-House. 

Konsep penajaan pengajian ini perlu dijalankan melalui kerjasama strategik dengan pihak universiti di dalam skop bidang keutamaan Jabatan.

Alhamdulilah, Sebelum ini kita telah laksanakan HLPSB untuk Sarjana Project Management dan Sarjana Aset Management sehinggakan kita mempunyai bilangan sarjana yang mencukupi  dalam kedua dua bidang.

Dengan itu apakah bidang keperluan HLPSB buat masa ini yang mendesak?

in Human Resource Management 7,240 points 9 29 47

2 Answers

8 votes
Pelaksanaan BIM telah mula rancak di peringkat JKR samaada dilaksanakan secara Konvensional dalaman, Perunding atau reka bina.

Mungkin boleh dicadangkan bidang BIM kerana bidang ini hampir keseluruhan fasa akan melibatkan pegawai JKR sendiri dalam pelaksanaan projek berkenaan..
25,440 points 38 98 191
6 votes

Saya bersetuju dengan cadangan Tn @khudri mengenai penekanan kpd domain BIM. 

Meskipun BIM telah mula digunapakai di jabatan hampir 10 tahun, tenaga kepakaran masih lagi belum mencukupi terutamanya dalam displin ukur bahan yang belum diterokai sepenuhnya (procedural, procurement & contractual).  

Sekiranya dapat diperkenalkan penajaan pengajian dlm domain BIM, ia akan membantu pelaksanaan BIM di JKR.

7,500 points 5 22 53
edited by
...