search
Log In
9 votes
46 views
Assalamualaikum. Dokumen BIM Requirement for Design and Build project menyatakan pengemukaan BIM Model perlu  mengikut versi perisian yang 'compactible' dengan current version of BIM application di JKR. Apakah yang perlu dilakukan oleh pihak kontraktor sekiranya terdapat pihak hodt yang memohon kontraktor utk mengemukakan model tender BIM dalam versi lebih rendah daripada versi terkini JKR. Bolehkah pihak kontraktor mengemukakan model tender dalam versi lebih rendah daripada versi terkini JKR.
in BIM 810 points 1 4 9
retagged by

1 Answer

6 votes
 
Best answer

Pada pendapat saya kontraktor boleh mengemukakan model versi yang lebih rendah daripada versi JKR atas alasan berikut.

  1. Dalam Dokumen BIM Requirement for Design and Build project menyatakan pengemukaan BIM Model perlu  mengikut versi perisian yang 'compatible' dengan current version of BIM application di JKR. Bermakna versi perisian yg digunapakai oleh hodt lebih tinggi atau setara masih boleh mengakses model berkenaan.
  2. Dengan kekangan perisian serta perkakasan (workstation Utk BIM). Tidak semua HODT mempunyai perkakasan berkenaan. Workstation yang dibekalkan kepada 1 cawangan dalam lingkungan 20unit untuk setiap pembelian. Dimana pembelian peralatan tidak dibuat setiap tahun.. (rekod pembahagian 2012, 2016,). Difahamkan ada pembelian pada 2020.. Mungkin dalam 2-3 tahun lagi, PC bagi pembelian yang dibuat pada tahun 2012 sudah tidak dapat menampung keperluan instalasi perisian versi terkini atau mempunyai masalah lagging,blue screen dan sebagainya.
  3. Pegawai tidak akan membuat instalasi perisian cth revit dalam banyak versi di komputer mereka.. Pada pengamatan saya, selalunya pegawai menggunapakai perisian tersebut hampir 5tahun bagi sesuatu versi atau ada yg lebih lama atas kekangan peralatan.. Bagi perisian Autocad pon, masih ada pegawai yang menggunakan versi 2007 dan 2010. (10 tahun).
  4. Model revit tidak boleh disimpan (save) dari versi sebelumnya.. Tapi perisian terbaru boleh membuka versi lama.


Apa yang perlu dilakukan oleh pihak kontraktor.

  • Sebelum membuat model atau mengemukakan model berkenaan, boleh berbincang dahulu dengan wakil JKR untuk menggunakan versi yang mana. Untuk memudahkan kedua-dua pihak.
  • Sekiranya perkara A tidak dibuat, dimana kontraktor telah siap model versi terkini, contohnya versi 2020. Kemungkinan HODT masih belum membuat instalasi perisian berkenaan atas faktor yang dinyatakan Di atas. Pendapat saya hodt perlu bertolak ansur dimana perlu lebih usaha untuk membuka model berkenaan seperti memimjam pc atau laptop yang mempunyai versi terkini atau menggunakan PC di unit BIM..
27,340 points 38 98 205
edited by
2

Terima kasih Ir @khudri atas perkongsian yang jelas dan bermanfaat

1
Terima tuan diatas maklumbalas.. ingin saya tambah sedikit, yang mana dokumen BPEP memainkan peranan yang penting dalam usaha perbincangan untuk menggunakan perisian BIM yang boleh digunapakai oleh semua pihak.
...