search
Log In
9 votes
45 views
Seiring dengan perintah kawalan pergerakan yang telah memasuki fasa ke 4, terdapat ramai HODT yang perlu membawa pulang PC ke rumah atau menggunakan laptop untuk melakukan kerja - kerja rekabentuk dan modeling. Sepertimana kita sedia maklum, kerja-kerja rekabentuk kebanyakkannya memerlukan akses kepada lesen perisian yang hanya boleh diakses daripada rangkaian internet Jabatan. Terdapat pegawai yang mengalami masalah untuk mengakses perisian contohnya seperti Autodesk kerana tidak mempunyai kebenaran akses di luar rangkaian JKR. Apakah yang boleh dilaksanakan bagi menambahbaik keadaan ini bagi membolehkan pihak pihak yang memerlukan akses terhadap perisian yang berkenaan melaksanakan kerja-kerja seperti biasa semasa PKP.
in ICT 810 points 1 4 9
reshown by
4
Atas sebab2 keselamatan, sy keluarkan balik komen saya walaubagaimanapun step2 utk borrowed license ini ditunjuk didalam website autodesk, tekla structural designer dan menjadi public akses untuk mengetahui cara2 peminjaman lesen.

Maaf diatas kesulitan
4
Saya kurang mengesyorkan untuk borrow license kerana dikhuatiri ianya tiada had kepada sesiapa sahaja untuk meminjam license sehinggat satu tempoh maksimum. Jika semua penggunan borrow license dan pengguna lain yang ingin memerlukan tidak dapat mengakses license tersebut.. dan mungkin ianya akan berlarutan sehingga selepas pkp kerana semua pengguna dapat mengakses dengan meminjam license pada satu tempoh yang maksimum walaupun sebenarnya penggunaan perisian tersebut bukanlah lama. Difahamkan bahawa perisian seperti autodesk adalah terhad dan perlu dikongsi dengan pelbagai disiplin terutama di cawangan sektor pakar. Dan sekarang ini, jkr negeri juga mempunyai bahagian rekabentuk dan perlukan license juga..
wallahualam... hanya pandangan saya.. mungkin ada alternatif lain seperti jkr perlu berbincang dengan pihak vendor atau distributor memandangkan kita merupakan antara pengguna terbesar membeli license mereka.
2
Saya amat bersetuju dengan pendapat tuan.
2

Tuan @Ahmad Bustaman, pada pandangan saya bahaya jika kaedah peminjaman lesen ini digunakan. Sebagai contoh, seorang pegawai telah meminjam lesen pada kadar maksimum selama 6 bulan dan perisian tersebut sudah seperti menjadi milik pegawai itu sahaja. Hal ini akan menyebabkan pegawai lain tidak dapat menggunakan perisian tersebut.

Please log in or register to answer this question.

...