search
Log In
9 votes
77 views
Terdapat 4 peringkat Gerbang Nilai (GN 1, 2, 3, 4) yang perlu dilaksanakan. Apakah cabaran besar dan di peringkat manakah kebiasaannya isu timbul? Apakah metadologi yang berkesan digunapakai dalam menangani isu dan cabaran ini?
in Scope Management 1,150 points 3 9 24

2 Answers

3 votes
Antara cabaran terbesar yang biasanya berlaku ialah bagi melengkapkan GN1-Penerimaan Projek yang salah satu kriteria GN1 tersebut ialah ia memerlukan status hakmilik tanah dipindahkan ke atas nama pemilik projek. Menurut aliran kerja di SKALA GN1 perlu diluluskan sebelum kerja-kerja rekabentuk bermula. Jika kerja-kerja rekabentuk bermula tanpa kelulusan GN1 ia akan memberi kesulitan di peringkat pengemukaan untuk kelulusan PBT sama ada untuk UR20A, KM atau CCC kelak.
400 points 2 2 8
1 vote

Pandangan naif saya.. 

Gerbang Nilai 1 (Kajian Penerimaan Pelaksanaan Projek) - HOPT

Gerbang Nilai 2 (Kesediaan untuk Reka Bentuk) - HOPT

Gerbang Nilai 3 (Kesediaan untuk Tender) - HOPT

Gerbang Nilai 4 (Kesediaan untuk Perkhidmatan) - Pegawai Penguasa / Pengarah Projek

Setiap peringkat GN mempunyai isu dan cabaran tersendiri sebagaimana berikut:-

GN1 - Kajian terhadap SOA dan brief projek perlu dikaji dan hendaklah selari di mana beberapa siri mesyuarat perlu dilaksana antara HOPT, HODT dan pelanggan.  Begitu juga isu hak milik tanah yang perlu jelas dengan mendapatkan geran hakmilik dari pelanggan
GN2 - penyediaan rekabentuk, di mana ketua pasukan perekabentuk perlu perancangan yang mencukupi dan juga mengadakan perbincangan kerap.  Kefahaman yang jelas terhadap keperluan pihak pelanggan dan juga menganalisis risiko. Pengesahan rekabentuk konsep dan awalan dari pelanggan menjadi topik utama.
GN3 - kos PDA perlu dikaji sekiranya projek melebihi siling. Skop dan soa perlu dirujuk semula untuk mendapatkan design to cost.  Kelulusan dari PBT juga perlu diperolehi di samping memastikan cara perolehan yang bersesuaian bagi melaksanakan perbelanjaan, Kecukupan sumber manusia juga perlu dikaji bagi penyeliaan projek.

GN4 - Pegawai Penguasa / Pengarah Projek perlu memastikan projek siap mengikut tempoh masa yang ditetapkan dan serahan kepada pelanggan mengikut spesifikasi.

Semua pihak memainkan peranan dalam mengaplikasikan GN. Justeru itu, metadologi yang berkesan adalah dari setiap mereka yang terlibat dari awal perancangan projek hingga serahan projek.

Sekian.
(Rujukan : GARIS PANDUAN PELAKSANAAN GERBANG NILAI JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA)

17,220 points 20 43 120
...