search
Log In
5 votes
43 views

Adakah pengesahan bayaran interim memang diMESTIkan untuk menggunakan Borang JKR 66 yang digenarate dari sistem SKALA?


Sekiranya Interim bulan lepas diperaku RM0 kerana tiada peruntukan dari pihak pelanggan, adakah interim berikutnya tidak akan diterima oleh Unit Kewangan kerana JKR 66 dibuat secara manual?


Berapa kalikah di sistem SKALA bagi Pengesahan Bayaran Yang Telah Disahkan boleh diperaku RM0?

in Contract Administration 15,670 points 20 42 116 1 flag
edited by

1 Answer

2 votes
Sekiranya penilaian kerja semasa kontraktor di tapak telah dibuat selaras dengan Klausa 28 Syarat-syarat Kontrak, maka sewajarnya pengesyoran yang dibuat oleh pegawai penilai perlu juga diperakukan sebagaimana nilai yang disyorkan.

Dari sudut kontrak, adalah wajar perakuan tersebut dibuat seperti pengesyoran kerana penilaian kerja semasa ditapak kebiasaannya dihadiri pihak kontraktor dan pihak JKR (joint site valution). Saya fikir jika kegagalan membuat bayaran penilaian kerja siap (workdone) akan mengganggu "cash flow" kontraktor dan sekiranya perkara ini jika berlaku pihak kontraktor sewajarnya berhak menuntut haknya di bawah Akta CIPA.

Justeru itu, pihak yang bertanggungjawab menguruskan kewangan sewajarnya memastikan sebaik mungkin supaya peruntukan sentiasa mencukupi bagi pembayaran berkaitan. Sekiranya terdapat amalan meminda nilai pengesyoran/perakuan kerja pada JKR66 selepas tiada peruntukan mencukupi adalah tidak wajar kerana ia menunjukkan tiada lagi elemen membayar kerja kontraktor  mengikut kemajuan fizikal semasa ditapak dan ia melanggar Syarat-syarat Kontrak.

Penyediaan JKR66 adalah diwajibkan melalui SKALA. Oleh itu walaupun terdapat amalan pihak bahagian kewangan yang membayar setakat peruntukan yang ada namun pihak SO wajar memperaku bayaran sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai penilai.

Larangan meminda perakuan interim supaya mengikut peruntukan ini juga jelas dinyatakan didalam SAKPKR Bil 19 Tahun 2017.
11,700 points 15 39 77
0
Ya tuan, pindaan perakuan interim tidak sekali-kali dibuat.
Sekiranya JKR66 diwajibkan melalui SKALA, maka hanya 1 sahaja bayaran interim boleh diperakukan di dalam situasi peruntukan tiada (tidak terima dari pelanggan).  Maka penilaian tapak seterusnya boleh dilaksanakan, namun penyediaan JKR66 tidak dapat disediakan memandangkan JKR66 tidak dapat di akses kerana bayaran sebelum ini diperaku RM0.
Betul ke begitu tuan.
2
Saya fikir jika JKR66 sebelum ini (walau pun nilai peraku RM0.00) telah disediakan melalui SKALA dan telah disahkan oleh pejabat S.O dan juga bahagian kewangan.. maka penyediaan JKR66 yang seterusnya walau pun dengan nilai peraku masih sama sepatutnya tiada masalah. Saya cadangkan cuba hubungi pihak SKALA untuk pengesahan kenyataan ini kerana ia melibatkan sistem SKALA.
0

Baik Tuan. Terima kasih di atas pandangan dan juga jawapan tuan.
Saya ini bekerja sambil belajar. smiley

...