Pandangan naif saya:
Jawatankuasa Spesifikasi memang telah diwujudkan terutamanya kepada cawangan-cawangan pakar bagi menyelaras, mengkaji dan mengemaskini spesifikasi-spesifikasi dalam bidang kejuruteraan yang merangkumi jalan, bangunan mahupun senggara. Kajian atau pengemaskinian ini berlangsung dari masa ke semasa. Sebagai contoh untuk Spesifikasi Bangunan yang sediaada adalah Versi Tahun 2014 dan telah ada jawatankuasa tertubuh membuat beberapa pengemaskinian kepada item-item di dalam spesifikasi tersebut.
Merujuk persoalan yang diberikan, sudah pasti spesifikasi tersebut terpakai kepada kesemua jenis perolehan bagi memudahkan pihak petender khususnya dalam meletakkan harga/nilai sesuai kepada spesifikasi yang telah ditetapkan supaya kualiti yang diperlukan dapat dicapai. Bukanlah pekeliling tersebut menyatakan setiap jenis perolehan perlu tubuh satu jawatankuasa spesifikasi bagi jenis kerja yang sama. Ini tertakhluk kepada jenis kerja yang diberikan adalah berlainan daripada mana-mana spesifikasi ataupun tiada rujukan yang membolehkan pihak petender meletakkan harga. Maka dengan ini satu jawatankuasa adalah perlu dibentuk bagi jenis perolehan tersebut. Dalam erti kata lain, kerja-kerja berkaitan projek di JKR adalah tidak menjadi isu kritikal atas kapasiti spesifikasi ini.
Terima kasih.