search
Log In
10 votes
47 views
Berdasarkan Arahan Pentadbiran Bil.1 Tahun 2020 - Garis Panduan Bekerja Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan oleh pihak KKR pada 4 Mei 2020 yang lalu, pada pendapat tuan/puan...

1. Apakah kaedah waktu bekerja yang dilihat bersesuaian dengan norma kerja pegawai-pegawai di JKR bagi memastikan sistem penyampaian tidak terjejas.

2. Adakah pegawai-pegawai dibolehkan untuk memilih kaedah waktu bekerja tertentu dan semestinya disokong oleh ketua unit/bahagian/jabatan masing-masing bagi memberi keseimbangan diantara keluarga dan kerjaya. (cth: bergilir dengan isteri untuk menjaga anak yang masih kecil,sekolah ditutup, ibu tunggal dsb).
in Human Resource Management 8,730 points 10 21 46

2 Answers

3 votes
Pada pandangan naif saya:

Bagi perkara yang pertama, apa yang saya dapat berikan adalah ini perlu dilihat dalam kontek yang luas yang mana bidang kejuruteraan seperti JKR ini tidak sama dengan situasi persekitaran bagi kerja di bahagian atau kementerian lain. Ini dapat dilihat dari segi pecahan kerja dalam JKR sendiri yang mana ada bahagian yang perlu hadir ke tapak bagi memantau kemajuan kerja projek dan ada bahagian yang perlu menyediakan pelaporan untuk persediaan mesyuarat dan maklumat pihak berkaitan. Bagi skop kerja utama yang memerlukan pemantauan kerja adalah sebaiknya bekerja dalam keadaan biasa dan masa yang ditetapkan di dalam kontrak. Manakala bagi skop kerja utama berkenaan kertas kerja seperti penyediaan laporan boleh dikategorikan sebagai kerja dari rumah (BDR) diutamakan dari hadir ke pejabat iaitu bagi kes-kes yang memerlukan kehadiran ke pejabat.

Bagi soalan yang kedua, segala kelulusan bagi setiap pegawai adalah perlu dikaji sebaiknya terutama kepada Cawangan/Bahagian yang melibatkan Perancangan Projek/ Strategik yang memerlukan waktu kerja yang tertentu. Sudah pasti cadangan penggiliran boleh diutarakan kepada Ketua Bahagian masing-masing, namun keutamaan kepada keperluan kerjaya perlu diletak seiring dengan keluarga iaitu saling memerlukan. Yang terbaik adalah sikap tolak ansur dan suka kerjasama amat diperlukan bagi semua pihak bagi menjamin penyampaian maklumat atau produk dapat dihasilkan.

Terima kasih.
14,000 points 4 33 96
–1
Terima kasih di atas pandangan yang diberikan.
4 votes

Mengambil kira pandemik yang sedang melanda dunia serta kemungkinan vaksin yang hanya akan dihasilkan dalam tempoh 12 - 18 bulan dr sekarang, pihak Jabatan sewajarnya mengkaji secara mendalam pelaksaan kaedah/waktu pelaksanaan bekerja serta impak berkaitan seperti yang terkandung dalam Arahan Pentadbiran yang dinyatakan termasuk sebarang pekeliling/garis panduan yang berkaitan tanpa ianya menjejaskan sistem penyampaian perkhidmatan JKR Malaysia.

  • Aspek kesihatan/keselamatan/kesejahteraan warga JKR perlu diberi penekanan dengan memberi ruang kepada mana2 pegawai/kakitangan yang menghadapi kekangan (taska/sekolah ditutup) untuk melaksanakan tugas di rumah ataupun mengamalkan waktu kerja fleksi.
  • Pemilihan kaedah ini turut bergantung kepada bidang tugas pejabat/pegawai/kakitangan terbabit. Sekiranya bersifat task-based dan tugasan tersebut membenarkan aktiviti dilaksana secara remote dr rumah, seeloknya dipertimbangkan. Selain daripada itu, penggiliran jadual di kalangan rakan sekerja turut boleh diamalkan.

Pelbagai agensi dalam dan luar negara telah mula melaksanakan kaedah berkerja dari rumah sebagai pilihan tetap kepada pekerja mereka termasuk Permodalan Nasional Berhad dan Twitter. JKR Malaysia juga pernah melaksanakan projek rintis kaedah bekerja dari rumah pada tahun 2010. 

Bagi menyahut aspirasi New Normal seperti yang diumumkan oleh YB PM serta langkah penyesuaian/adaptasi dengan ekosistem IR4, sudah tiba masanya kaedah bekerja waktu anjal/penggiliran/bekerja dari rumah/pejabat diperkasakan.

7,460 points 5 22 53
...