search
Log In
6 votes
60 views
Sekiranya Projek dalam keadaan berdenda (LAD) dan Penilaian Interim dibuat tetapi tiada sebarang Kemajuan dan Nilai Kerja di tapak (contohnya tiada kemajuan disebabkan Arahan PKP).

          Adakah Penilaian Interim pada bulan berkenaan akan menjadi nilai negatif (disebabkan terdapat Nilai Denda (LAD) terkumpul) atau perlu kita hanya Syor dan Peraku Nilai RM0.00 sahaja.
Sekian, Terima Kasih.
in Contract Administration 430 points 1 4 13

1 Answer

1 vote
Pada pandangan naif saya:

Untuk pertama sekali pihak Tuan dicadangkan untuk membuat lanjutan masa kepada tempoh PKP yang telah dikenakan kepada pihak Kontraktor meskipun dalam keadaan semasa projek tersebut telah pun dikenakan LAD. Dalam erti kata lain bahawa denda yang dikenakan sepanjang tempoh PKP adalah tidak dikenakan kepada pihak Kontraktor. Setelah itu penilaian adalah dibuat seperti sediakala.
Selain itu, apa yang perlu diambil perhatian adalah pemotongan LAD juga perlu dilihat kepada kemampuan pihak Kontraktor untuk menyiapkan baki kerja projek tersebut dan sudah pasti pihak Tuan meminta Catchup Plan/ Recovery Plan dan melihat berapa lama LAD perlu dikenakan kepada pihak Kontraktor supaya tiada terjadinya ketidakcukupan pembayaran kepada NSC akibat terlebih potong denda Kontraktor Utama.

Terima kasih.
14,000 points 4 33 96
0
Terima Kasih Tuan.
...