search
Log In
6 votes
42 views

Boleh kah dibuat Sectional Completion bg sesebuah Projek. Jika Projek berkenaan dlm keadaan berdenda, adakah dendanya (LAD) akan berubah sekiranya dibuat Sectional Completion?

Terima Kasih.

in Contract Administration 430 points 1 4 13

1 Answer

7 votes

Pandangan naif saya:

Untuk perkara ini terdapat dua keadaan harus dilihat dan keterangan tersebut seperti dibawah:

1) Sectional Completion secara asasnya perlu dinyatakan di dalam dokumen tender sekiranya terdapat beberapa fasa yang perlu disiapkan dengan menyatakan setiap fasa tersebut tarikh mula, tarikh tamat dan denda yang dikenakan kepada setiap fasa tersebut. Perkara ini juga pihak Tuan boleh rujuk kepada COC 203A (Rev.1/2010) Clause 41.0 SECTIONAL COMPLETION. Sekiranya kontrak tersebut ada dinyatakan sedemikian adalah tidak menjadi masalah kepada penyerahan setiap seksyen tersebut.

2) Sekiranya kontrak yang ditandatangani tidak menyatakan sebarang Sectional Completion dan hanya menyatakan satu tarikh tamat kontrak dan pihak SO (Pegawai Penguasa) berhasrat memerlukan sebahagian fasa diserahkan awal sebelum tarikh tamat keseluruhan kontrak, perkara ini dibenarkan secara kontrak. Ini bermaksud Partial Occupation dilakukan kepada projek ini dan bukan kepada terma Sectional Completion. Perkara ini pihak Tuan boleh rujuk di COC 203A (Rev.1/2010) Clause 42.0 PARTIAL OCCUPATION. Apabila separa penyerahan dibuat, pengiraan LAD perlu dipinda kepada baki harga kontrak yang masih belum diserahkan kepada pihak SO. Selalunya perkara ini berlaku terdapat permintaan khas daripada pihak Pelanggan untuk menggunakan sebahagian seksyen untuk tujuan penggunaan, penyimpanan dan sebagainya.

Terima kasih.

14,000 points 4 33 96
0
Terima Kasih Tuan
0
Info yg berguna. Tq
...