search
Log In
13 votes
33 views

Kupasan ringkas faktor-faktor penyumbang kepada kejadian kemalangan di jalan raya. Sedikit perkongsian ilmu untuk bersama-sama memikirkan strategi dan mitigasi yang sesuai dalam mengatasi kemalangan jalan raya. Faktor Teknikal dan Faktor Jalan Raya mungkin berkait rapat dengan jabatan kita. Dalam hal ini, bermula dari peringkat rekabentuk sehinggalah pembinaan dan peringkat penyenggaraan adalah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab jabatan kita.

Oleh itu fokus utama yang perlu diberi perhatian adalah dari perspektif kejuruteraan dimana penekanan sewajarnya adalah memastikan jalan yang dibina mematuhi segala kriteria/spesifikasi/prosedur/tatacara serta syarat yang telah ditetapkan dan seterusnya diselenggara mengikut SOP yang diwartakan. 

Manakala faktor-faktor lain adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak yang berwajib.  

in Road 2,580 points 14 28 44
edited by

1 Answer

4 votes

Sekadar memberi pandangan.....

Sedia dimaklum bahawa semua kejadian potholes yang terjadi di Laluan Persekutuan perlu laksana pembaikan yang sewajarnya ikut kehendak Kontrak Konsesi dibawah skop RO1 - Pavement. Skop pembaikan, tatacara dan specifikasi pembaikan telah dengan jelasnya tertera dalam kontrak.

Maka sudah pasti kualiti pembaikan potholes tidak menjadi masalah yang besar, namun ia masih menjadi isu besar dalam proses penyenggaraan jalan dimana ia mungkin akan menjadi punca kecelakaan/kemalangan. Mengapa? Persoalan sekarang adalah mengapa ia masih terjadi dan bagaimana untuk mengurangkan kekerapan kejadian potholes itu kesatu tahap yang tidak akan menggangu gugat keselesaan dan keselamatan pengguna jalanraya. Bagaimana?

Berikut ada beberapa isu yang mungkin perlu disemak kaji dengan lebih mendalam agar kejadian potholes itu dapat dikurangkan:-

  • Punca dan kedudukan kejadian potholes - Setahu kita setiap kejadian kecacatan potholes pasti akan ada punca dan sebabnya. Berapa kerapkah kita laksanakan penyiasatan terperinci terhadap punca dan sebab kejadian? Bagaimana pulah dengan penyediaan laporan penyiasatan? Adakah laporan tersebut cukup terperinci dan komprehensif dangan ketelitian mapping terhadap kedudukan kejadian ikut kategori punca/sebab kejadian? Kesemua penyiasatan, laporan dan mapping kedudukan kejadian yang diperolehi itu akan dijadikan rujukan untuk cadangan perancangan pelan mitigasi yang lebih menyeluruh dan bersesuian dengan kaedah dan kos yang lebih efektif.
  • Kesesuaian kerja berkala pavemen - Kesesuian kerja berkala pavemen juga amat penting untuk mengelakkan kejadian potholes. Setiap perancangan kerja berkala pavemen akan mempunyai impak yang besar terhadap perancangan untuk mengatasi kekerapan kejadian kecacatan pada permukaan turapan sediada yang besar mungkin akan terbiak menjadi potholes akan cadangan kerja pembaikan yang kurang bersesuaian.
  • Kualiti kerja berkala pavemen - Kualiti kerja berkala pavemen juga merupakan punca kejadian potholes jika tidak dikawalselia dengan baik dan rapi. Dalam isu ini, pengawasan dengan kompetensi yang bersesuaian dan tinggi akan membantu mempertingkatkan kualiti turapan. Adakah pegawai kita diberi latihan yang secukupnya untuk mengawas? Bagaimana pulah dengan kompetensi pihak konsesi? Kesemua itu tetap merupakan punca dan keperluan untuk pencapaian kualiti turapan yang tinggi.
  • Peruntukan - Isu ini juga sering kali menjadi halangan terhadap syor cadangan kerja berkala. Adakah peruntukan yang dibekalkan itu mencukupi untuk laksanakan perancangan kerja pembaikan ikut syor cadangan dengan pencapaian lebar dab panjang yang seckukupnya? Isu ini juga harus dikaji semak sepaya agihan peruntukan itu adalah bersesuian ikut kehendak spesifikasi dan panjang.
Andai isu-isu seperti tersebut di atas dikaji atasi maka sudah pasti kejadia potholes dapat dikurangkan kesatu tahap yang akan menjejaskan keselesaan dan keselamatan pengguna jalanraya.
48,820 points 106 195 351
1
Terima kasih atas maklumbalas serta penjelasan yang panjang lebar. Merujuk kepada isu yang dibangkitkan di atas, kebanyakkannya adalah isu berulang yang sehingga kini gagal diselesaikan. Apakah kita hanya tunggu dan lihat sahaja? Apakah halatuju dan dimana mitigasi kukuh serta siapakah pihak yang bertanggungjawab untuk menyelesaiakan isu ini?
...