search
Log In
5 votes
45 views
1.Bagaimana seseorang pegawai menentukan kontrak tersebut adalah Naiktaraf/ubahsuai/pemulihan

2.Bagaimana untuk menentukan aduan dan khidmat nasihat teknikal berdasarkan kategori pemulihan/ubahsuai/naiktaraf?
in Fixed Asset (Tak Alih) 2,190 points 3 8 22
edited by

2 Answers

0 votes
 
Best answer
1. Naiktaraf adalah satu penyataan generik yang boleh termasuk skop skop kerja binaan baru, pemulihan ataupun ubahsuai. Sehubungan itu, setiap kerja naik taraf perlu dilihat dari skop kerja yang diperlukan. Kita tidak boleh membuat penentuan dengan melihat kepada tajuk kontrak/projek tersebut.

Naik taraf boleh dipecahkan kepada dua perkara utama:

a. Naik taraf kompleks: yang mungkin akan melibatkan kerja pembaikan/pemulihan blok sedia ada dan juga penambahan blok-blok baru.

2. Bagi tujuan khidmat nasihat teknikal, pada kebiasaannya ianya akan melibatkan kerja-kerja pembaikan/pemulihan ataupun kerja kerja ubahsuai sahaja.

b. Naik taraf ruang: melibatkan kerja-kerja pemulihan/pembaikan dan juga kerja-kerja ubahsuai.
Kerja ubahsuai pula hanya akan melibatkan perubahan ruang tanpa melibatkan kerja-kerja pembaikan ataupun pemulihan.
50,250 points 25 104 239
selected by
0 votes

Pemulihan - Mengembalikan keadaan fizikal dan kefungsian aset kepada keadaan asal melalui pembaikan atau/ dan penggantian yang tidak melibatkan struktur.

Ubah Suai - Keadaan fizikal dan kefungsian aset diubah bagi memenuhi keperluan penyampaian perkhidmatan, kehendak perundangan dan kehendak pihak yang berkepentingan (stakeholders). Ianya tidak melibatkan perubahan struktur dan pertambahan saiz bangunan.

Naik Taraf - Keadaan fizikal dan kefungsian aset sedia ada dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik bagi memenuhi keperluan penyampaian perkhidmatan, kehendak perundangan dan kehendak pihak yang berkepentingan (stakeholders). Ianya juga melibatkan kerja mengubah struktur/ saiz sedia ada termasuk kerja peningkatan prestasi bagi sistem mekanikal/ elektrikal/ ICT.

Penentuan adalah berdasarkan kriteria pengelasan yang telah diluluskan di peringkat Mesyuarat Pengurusan Tertinggi. 

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (Bahagian Perundingan Pengurusan Aset, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu) di talian 03-26107514 atau emel *Emails are not allowed*.

410 points 5
...