Pengurusan Tapak Bina memerlukan kerjasama, komitmen, profesionalisme dan kesepakatan berpaksikan elemen kreatif dan inovatif serta mengadaptasikan idea strategik diolahkan melalui median komunikasi jitu ke arah pencapaian keberhasilan kejayaan yang gemilang dan unggul.
Pada dasarnya, pelbagai dokumentasi telah diwujudkan seperti garispanduan, pekeliling, SPB dan lain-lain yang perlu dipatuhi dalam memastikan kecemerlangan pencapaian projek. Namun tidak semua yang diimpikan menjadi realiti atau kenyataan.
Persoalannya: Apakah dokumen-dokumen yang dibangun/dikeluarkan itu berkesan? Jika YA, apa buktinya secara berfakta. Jika TIDAK, apa resolusinya atau tindakan yang telah/akan diambil? Mengapa, Kenapa dan Dimana silapnya?
Oleh itu, dalam memastikan jabatan kekal relevan, bukan sahaja hala tuju yang jelas diperlukan tetapi prinsip individu dengan menerapkan 'nawaitu' intipati jujur, amanah & keikhlasan bekerja kerana Allah SWT serta 'teamwork' bertunjangkan prinsip "Saya yang Menjalankan Amanah' serta 'Aku Janji' diperlukan dalam merealisasikan motto sebagai Jabatan Teknikal Terunggul.
“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”
