search
Log In
3 votes
26 views
Bagaimanakah cara dan langkah untuk menjelaskan bayaran-bayaran kerja SI secara interim terhadap pengesyoran bayaran bagi kerja-kerja yang telah dijalankan melalui bayaran interim?
in Miscellaneous 17,220 points 20 43 120

1 Answer

2 votes

Pada pandangan naif saya:

Di dalam kerja perolehan secara sebutharga pembayaran interim merupakan salah satu pilihan yang boleh dibenarkan secara kontrak selain pembayaran secara lump sum. Namun begitu, bagi kerja yang mempunyai tempoh yang panjang (melebihi 3 bulan) digalakkan pembayaran secara interim bagi membantu/merancakkan pusingan modal kontraktor. Bagi kerja yang kurang dari sebulan adalah tidak bersesuaian kaedah pembayaran secara interim.

Bagi kerja-kerja SI pembayaran interim juga dibuat kepada kerja-kerja yang memakan tempoh masa yang lama seperti yang dipratik di cawangan ini. Namun begitu, kaedah pembayaran ini tidak menetapkan standard of procedure tetapi boleh digunapakai dalam pembayaran kepada pihak kontraktor. Penetapan ini dibuat menerusi pecahan kepada 3 fasa utama di dalam kerja SI yang meliputi Kerja di Tapak, Kerja di Makmal dan Penyediaan Laporan Akhir. Pecahan atau nisbah yang digunakan adalah (6:2:2) iaitu 60% untuk Kerja di Tapak, 20% untuk Kerja di Makmal dan 20% untuk Penyediaan Laporan Akhir

Bagi kerja di tapak pihak Puan boleh melihat kepada bilangan BH atau MP yang di tapak dan pecahan (weightage) boleh dibuat dengan berpandukan harga kerja tersebut. Harap membantu.

Terima kasih.

14,000 points 4 33 96
0
Sebagai contoh, untuk 2 projek pra kontrak yang akan di tender bulan September ini, tempoh kerja SI hanyalah 7 minggu. Adakah berbaloi atau rasional dipratikkan pembayaran dibuat secara interim?
1
Untuk perkara ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Berbaloi atau tidak bukan diletakkan perkara utama namun apa yang perlu dilihat adalah perbelanjaan cawangan dan pusingan modal untuk kontraktor. Sekiranya ia  menjadi keberatan untuk dilaksanakan secara interim, sudah mencukupi bayaran dibuat secara lump sum.
...