search
Log In
9 votes
57 views

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menghadkan pergerakan dan menyebabkan pihak perunding tidak dapat meneruskan operasi atau dengan kata lain tidak dapat memberi perkhidmatan/servis. Dalam situasi ini, adakah pihak perunding layak menuntut consultant fees dalam tempoh PKP?

Isunya:-

1. Jika DIBAYAR - perunding tidak bekerja atau memberi perkhidmatan;

2. Jika TIDAK DIBAYAR - arahan PKP telah dikeluarkan oleh kerajaan/MKN, berkemungkinan boleh dilaporkan kepada pejabat tenaga kerja diatas.

in Contract Management 3,030 points 17 29 53
recategorized by

1 Answer

4 votes
Terdapat tiga komponen utama di dalam urusan pembayaran perunding, iaitu perundingan, pengawasan tapak dan pembayaran timbal balik (reimbursable).

Utk kos perundingan ikhtisas, pengiraan adalah berdasarkan kepada scale of fees dan berdasarkan kepada output iaitu, rekabentuk, spesifikasi dan juga lukisan yang terhasil. Secara dasarnya kos perkhidmatan perundingan tidak terbabit semasa tempoh PKP.

Untuk pengawasan tapak pula, ianya adalah berdasarkan skop tugasan dan pengiraan kos adalah berdasarkan kepada man-month. Memandangkan semasa tempoh PKP kerja ditapak tidak dilaksanakan, maka keperluan tugasan di tapak juga tidak ada. Walaubagaimana pun, sekiranya perunding ada melaksanakan skop tugasan secara WFH dan tugasan ini dinyatakan di dalam lantikan perunding, maka ianya boleh dipertimbangkan.

JKR hanya mengikat kontrak dengan syarikat perunding dan bukannya dengan petugas di dalam syarikat perunding. Sehubungan dengan itu, arahan pejabat tenaga kerja hanya terpakai untuk syarikat perunding dengan pekerjanya. Pekerja boleh melapor kepada JTN sekiranya syarikat tidak membayar gaji mereka.

Bagi memberi ruang kelegaan kepada perunding yang terlibat, JKR boleh mengambil kira tempoh PKP untuk tujuan lanjutan masa perkhidmatan perunding.
50,250 points 25 104 239
edited by
2

Terima kasih atas penjelasan Tuan Ir. Azudin. Pekongsian dan penjelasan yang amat bermanafaat.

Merujuk kepada perenggan 2 maklumbalas Tuan: "Secara dasarnya kos perkhidmatan perundingan tidak terbabit semasa tempoh PKP". Adakah bermaksud bayaran perunding perlu dibayar walaupun dalam tempoh PKP.

Persoalan ke-2: Adakah SO perlu mengeluarkan surat arahan tidak boleh masuk tapak kepada perunding dalam tempoh PKP dan adakah perunding layak menuntut EOT serta lost & expenses?

Terima Kasih Tuan

0
Kos perundingan ikhtisas adalah berdasarkan Scale of Fees, dan pembayaran adalah berdasarkan deliverables untuk beberapa peringkat rekabentuk dan perkhidmatan ikhtisas seperti yang terkandung di dalam SOA. Peringkat pembayaran adalah seperti berikut:

i. Preliminaries, 15%

ii. Design Stage 1, 30%

iii. Design Stage 2, 15%

iv. Tender, 5% (JKR tidak membayar peringkat ini kerana kesemua skop dilaksanakan oleh pihak lain)

v. Construction, 30%

vi. DLP, 5%

Secara dasarnya, pembayaran utk kos perundingan ikhtisas tidak terjejas akibat PKP di dalam tempoh rekabentuk.

Perunding layak diberi EOT akibat PKP berpandukan kepada pekeliling yang terkini
...