search
Log In
14 votes
73 views

Sebagaimana diketahui, Dasar Penempatan dan Pembangunan Kerjaya Pegawai Pengurusan & Profesional JKR telah dibangunkan dan disahkan penggunaannya oleh KPKR sebelum ini. Dasar ini menjelaskan hala tuju, tanggungjawab dan strategi perlaksanaan pengurusan penempatan dan pembangunan kerjaya P&P JKR. Terdapat tujuh (7) objektif telah digariskan dalam dasar ini.

Sedikit Persoalan: 

1. Apakah status pencapaian Dasar ini?

2. Adakah Dasar ini masih sah dirujuk atau telah diganti dengan Dasar baru?

3. Adakah model laluan kerjaya (dibawah) untuk pegawai P&P masih sah dirujuk dan masih digunapakai?

Sebelum ini juga telah dibangunkan Individual Development Plan (IDP) yang dijadikan sebagai asas rujukan untuk laluan kerjaya pegawai P&P dibawah perancangan strategik HRDP/CBHRM. Adakah IDP ini masih digunakan ataupun telah digantikan dengan kaedah lain?

Pekeling Perkhidmatan Awam Bilangan 3 Tahun 2004 adalah sebahagian perancangan pembangunan pegawai yang perlu diadaptasikan.

Link pekeliling seperti dibawah :-

http://www.pcb.gov.my/pdf/PP%20bil32004-panduan%20pertukaran%20pegawai%20awam.pdf

in Human Resource Management 2,950 points 17 28 51
edited by

1 Answer

2 votes
Pendapat naif saya:

Dengan adanya kerangka laluan kerjaya ini membolehkan pegawai-pegawai mempersiapkan diri untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dan semestinya kematangan dari pelbagai sudut diperlukan terutama kepada keupayaan dalam membuat keputusan. Setiap keputusan yang di berikan memerlukan pelbagai pendedahan bukan sahaja dari segi pengalaman namun kepada pendedahan ilmu pengetahun dan rujukan pelbagai pakar sebelum itu. Di dalam setiap keputusan memerlukan sikap tanggungjawab dan berani mengakui kesalahan sekiranya keputusan tersebut adalah tidak tepat atau sebagainya.
Setiap perkara ini perlu dimulai dari sekarang dan bukan ketika ianya hampir kepada tingkatan tersebut. Saya berpendapat adalah sebaiknya laluan kerjaya ini boleh diasah terus di peringkat gred 48 tanpa menunggu di gred 52 dalam situasi JKR mendatang yang mana pada ketika di gred tersebut pendedahan kepada pengurusan telah dibuat. Dengan ini, mungkin sebilangan besar pegawai dapat didedahkan kepada jurusan apa yang perlu mereka khususkan pada jangka masa perkhidmatan dan kematangan atau kepakaran dapat dilahirkan di peringkat awal lagi terutamanya kepada keputusan berkenaan peringkat pengurusan kontrak projek mahupun kepakaran dalam sektor pakar seperti forensik.

Dalam daripada itu, dalam gred tersebut masih lagi ramai pegawai berusia dalam lingkungan 36-46 tahun dan masa yang terbaik diasuh menjadi pakar dalam bidang tertentu. Ada sesetengah pegawai di gred tersebut masih lagi membuat rekabentuk, membuat pelbagai kerja yang dibuat d peringkat 41-44. Perkara ini amat membimbangkan terutama keupayaan pegawai tersebut membuat keputusan. Sekiranya dapat dilihat dengan lebih terperinci dan kesabaran, JKR akan lebih relevan di masa mendatang.
Melangkah seribu dimulai dengan langkah yang satu.

Terima kasih.
14,000 points 4 33 96
7

Persoalannya yang timbul adakah Model Laluan Kerjaya tersebut masih sah dan masih digunapakai ataupun kaedah lain yang telah diaplikasikan?

Pandangan Tuan amat menarik.......cuma yang menjadi persoalan adakah pegawai diberi peluang atau ruang untuk memilih laluan kerjaya sendiri? Dalam amalan biasa sekarang, pegawai akan menerima surat pertukaran dan akan akur dengan arahan sahaja terhadap syarat yang termaktub dalam surat tersebut.

Pemikiran di luar kotak (think out of the box)......terus dengan amalan biasa atau berubah kepada amalan lebih baik agar terus relevan serta cemelang di masa mendatang....kita fikir-fikir lah bersama

0
Saya berpandangan jika terdapat satu sesi townhall atau apa sahaja platform (online survey, on job interview dll) dapat dijalankan bagi mendapat feedback/ raw data mengenai perkara ini. Ini satu pandangan dan jika memerlukan sumbangan tenaga dari pihak saya, saya sudi menjadi sebahagian daripadanya.
2

Mungkin sudah sampai masa, kekosongan jawatan diiklankan bagi memberi peluang kepada pegawai P&P untuk memohon kepada yang berminat. Berkonsepkan 2 way communication akan memurnikan dan mennyahkan perasaan ketidakpuasaan ke arah pencapaian keseronokan bekerja serta pemangkin kepada peningkatan produktiviti kerja.

...