search
Log In
1 vote
51 views

Maaf, saya ingin bertanya :-

  1. Bolehkah Pihak JKR membuat penilaian sekiranya kontraktor tidak/lewat menyerahkan tuntutan pada masa yang telah ditetapkan? Bagaimana pula dengan invois daripada kontraktor sekiranya kontraktor tidak bersetuju dengan penilaian yang dibuat oleh Pihak JKR?
  2. Adakah penilaian RM 0.00 boleh dibuat secara kerap sekiranya kontraktor tiada kemajuan?

Terima Kasih

in Contract Administration 430 points 1 4 13

1 Answer

3 votes

Pandangan naif saya:

Sekiranya pihak Tuan terlibat didalam kontrak 203A ( Rev.1/2010), pihak Tuan boleh merujuk terus ke Klausa 28.0 PAYMENT TO CONTRACTOR AND INTERIM CERTIFICATE. Didalam klausa tersebut pihak Tuan boleh rujuk kepada subklausa 28.1 yang mana “valuation” perlu dibuat oleh pihak SO setelah ada kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor di tapak samada penghantaran barang mahupun pemasangan barangan tersebut mengikut syarat-syarat kontrak. 

Untuk mengelakkan daripada penilaian tidak disetujui oleh pihak Kontraktor, adalah terbaik dilaksanakan pre-valuation dri dua belah pihak supaya pertikaian dapat dielakkan dan seterusnya ‘win-win situation’ dapat dicapai. Sekiranya valuation terhadap VO atau provisional quantity, atas arahan SO kontraktor perlu menghantar wakil yang berpengalaman bagi pengukuran (valuation) tersebut. Sekiranya wakil tidak dikemukakan pada masa pengukuran tersebut, pihak kontraktor harus bersetuju mengenai pengukuran yang di buat oleh pihak SO. Untuk perkara ini tuan boleh rujuk pada Klausa 27.0 MEASUREMENT OF WORKS.

Seterusnya, bagi persoalan nombor 2 pihak tuan perlu membuat penilaian secara bulanan (syarat klausa 28.6) kerana payment certificate berkadaran dengan tempoh 30hari setiap certificate meskipun tiada kemajuan ditapak dan penilaian adalah pada RM0.00. Ianya akan menjadi masalah sekiranya payment certificate tidak mencukupi disebabkan tiada penilaian dibuat terutamanya ketika penutupan akaun. Cara yang terbaik dan mudah pengesyoran dan perakuan jkr66 dibuat secara SKALA..

Terima kasih.

14,000 points 4 33 96
...