search
Log In
9 votes
36 views

Berdasarkan kepada pemerhatian dan penelitian, penggunaan platform Portal JCop Cafe amat memberangsangkan. Pelbagai persoalan dilontarkan, dibincangkan dan juga pelbagai jawapan serta maklumbalas diberikan oleh ahli-ahli yang berdaftar dengan portal ini.

Namun begitu, jika diperhalusi didapati jawapan dan maklumbalas hanya diberikan oleh peserta atau ahli portal ini sahaja. Walhah isu-isu yang dibangkitkan amat logik dan rasional dijawab dengan berfakta oleh Cawangan/Bahagian/SME yang berkaitan agar jawapan yang diberikan betul dan tepat untuk dijadikan sebagai asas tindakan serta rujukan. Ini adalah perlu dalam memastikan tindakan yang diambil berlandaskan ketepatan informasi menjurus kepada keberhasilan yang ditetapkan dan juga mengelakkan kesilapan keputusan yang mungkin menyebabkan implikasi kepada jabatan khususnya kepada individu tertentu.

Tambahan pula, pihak Jabatan telah melantik JCop Cafe's Moderator mengikut bidang-bidang kepakaran yang telah dikhususkan. Diharapkan keseluruhan nama JCop Cafe's Moderator adalah yang telah dikemaskini serta terbaru dan juga berharap mereka berdaftar atau mempunyai akaun Portal JCop Cafe serta aktif agar isu/masalah dibangkitkan sampai kepada pengetahuan mereka. Mekanisma penyampaian juga mungkin perlu ditambahbaik dan diselaraskan. Mungkin sudah sampai masa JCop Cafe's Moderator dikenalpasti dan dilantik daripada kalangan kakitangan yang mempunyai skill, knowledge & experience berbanding dengan pemilihan berdasarkan penempatan bekerja di cawangan.

Oleh itu, penglibatan Cawangan/Bahagian/SME amat ditagih dalam membantu memberi tunjuk ajar serta pedoman dalam memastikan sebarang tindakan serta keputusan dibuat dengan penuh keyakinan dan penuh tawakkal kesahihannya.

in Stakeholders Management 2,580 points 14 28 44
edited by
1
Disyorkankan ia perlu penambahbaikan dari semasa ke semasa.

1 Answer

5 votes

Sekadar memberi pandangan....

Andai platform ini pada asalnya diwujudkan untuk tujuan perkongsian dan perbincangan isu-isu perihal kerja dan perkongsian ilmu, maka adalah wajarnya semua soalan yang diusulkan itu perlu dijawap dengan teliti dan tepat dengan berfakta oleh Cawangan/Bahagian/SME yang berkaitan supaya niat dan sasaran itu mampu dicapai dengan lancar dan sepenuhnya.

Saya sangat setuju dengan hujah dan komen Dr dalam isu ini.

48,840 points 106 195 351
...