search
Log In
9 votes
74 views

Isu dan masalah pothole di atas permukaan jalan memerlukan strategi mitigasi mantap bagi mencegah kecelakaan/kemalangan di jalan raya. Strategi #zeropothole merupakan sebahagian janji yang telah diberikan dalam memastikan 100% jalan tiada isu pothole.

Adakah pendekatan yang digunapakai sekarang berkesan ataupun perlu penambahbaikan sewajarnya? 

Inisiatif dan kreativiti organisasi dalam memangkin pencapaian #zeropothole boleh dicapai kerana kepakaran, pengalaman dan pengetahuan termasuklah SME yang ada boleh boleh menyumbang kepada kejayaan ini. Olahkan, suburkan dan cungkil idea-idea relevan ke arah keberhasilan mampan terutama pencapaian ideologi customer satisfaction & safety serta menangkis tekanan perundangan (legal) ke atas organisasi.

in Road 2,580 points 14 28 44
edited by

4 Answers

4 votes
Semua agensi yang berkaitan perlu berganding bahu memastikan jalan sentiasa selamat dilalui.
880 points 2 5
5 votes

Sekadar memberi pandangan....

Sebagaimana dipamerkan dalam lakaran fish-bone dengan nyatanya telah menggariskan 4 isu dan masalah punca kejadian potholes. Maka sudah pasti ia akan membantu dalam proses mengatasi masalah kejadian potholes. Namun ia masih terjadi dan turut menjejaskan sasaran JKR untuk mencapai zeropotholes. Barangkali mungkin kita telah terlupa bahawa segala kerja pembinaan yang baik dan bagus harus bermula dari peringkat rekabentuk, pemilihan penggunaan bahan dan kaedah pembinaan bagi menjaminkan kualiti permukaan pavemen adalah tercapai mengikut kehendak kontrak.

Persoalan sekarang adalah mampu ke pihak kita berkerja sama dengan pihak kontraktor untuk menyiapkan kerja pembinaan jalan yang berkualiti dan memenuhi sepenuhnya pencapaian kualiti pembinaan mengikut kontrak? Disamping itu berapa kerapkah pihak kita membuat semakan terhadap jenis dan configuration axle kenderaan berat yang diizinkan penggunaannya di atas jalanraya kita? Adalah pihak kita peka dan juga ambil perhatian terhadap tindakan susulan yang sewajarnya dan memastikannya adalah sejajar dengan peruntukan undang-undang dibawah akta 333 bagi memastikan bahawa tidak berlaku overloading yang dijanakan oleh kenderaan berat sehingga struktur jalan rosak dan terbentuknya potholes?

48,840 points 106 195 351
2
Saya bersetuju dengan pendapat Tuan.

Kualiti kerja tampalan pothole hendaklah sentiasa mencapai kualiti yang terbaik bagi mengelakkan pothole berulang pada pada lokasi yang sama dalam masa yang singkat. Yang terbaru, terdapat kes kemalangan yang membabitkan tampalan pothole yang berulang.
Diharap semua pihak terutama pihak konsesi dapat menitikberatkan kualiti kerja disamping pemantauan kerja dari pihak JKR sendiri.
3

Dalam memastikan #zeropothole tercapai.....adakah SOP dan dokumen-dokumen yang disyaratkan masih belum mencukupi dalam memastikan jalan sempurna serta selamat dilalui. Perlukah lagi diwujudkan mitigasi-mitigasi tambahan sedangkan telah ada SOP yang ditetapkan. Dimana silapnya dan siapakah yang perlu diberi tanggungjawab mengatasi masalah/isu pothole. Oleh itu, perlu ada penyelesaian dan tindakan sewajarnya selaras dengan motto "Jasa Kepada Rakyat".

4 votes
Strategi mesti lah seiring dengan peruntukan. Kebanyakan Jurutera Daerah telah sedaya upaya memenuhi piagam pelanggan mengenai potholes ini.. tapi pada permukaan jalan yang memang telah rosak, penampalan potholes bukanlah satu strategi yang baik.. hanyalah merupakan keadah sementara sahaja... yang pastinya.. byknya penampalan potholes dan yang berulang mengakibatkan riding surface bagi jalan tersebut akan bertambah teruk.. keluar lah istilah "macam tampalan kain batik" dari pihak pihak penggadu dan pengguna jalan raya.
3,240 points 4 17 42
2 votes

Majlis Bacaan Ikrar Aku Janji Zero Potholes dan Majlis Penyerahan Sijil Kontraktor Penyiap yang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Menteri Kanan Kerja Raya pada 3 Julai 2020 di Kementerian Kerja Raya.

https://web.facebook.com/watch/live/?v=206529727237170&ref=watch_permalink

https://twitter.com/shamsulcsfj/status/1278936447819509760

49,980 points 33 88 177
...