Isu dan masalah pothole di atas permukaan jalan memerlukan strategi mitigasi mantap bagi mencegah kecelakaan/kemalangan di jalan raya. Strategi #zeropothole merupakan sebahagian janji yang telah diberikan dalam memastikan 100% jalan tiada isu pothole.
Adakah pendekatan yang digunapakai sekarang berkesan ataupun perlu penambahbaikan sewajarnya?
Inisiatif dan kreativiti organisasi dalam memangkin pencapaian #zeropothole boleh dicapai kerana kepakaran, pengalaman dan pengetahuan termasuklah SME yang ada boleh boleh menyumbang kepada kejayaan ini. Olahkan, suburkan dan cungkil idea-idea relevan ke arah keberhasilan mampan terutama pencapaian ideologi customer satisfaction & safety serta menangkis tekanan perundangan (legal) ke atas organisasi.
