There are 2 side of a coin.
Ada baik dan ada juga tak baiknya.
Baiknya ialah sesuatu yg dibuat mengikut kompetensi dan minat memang lah yang the best, akan memberikan hasil terbaik.
Namun perlu juga di ukur dengan post post yang ada. Adakalanya post terhad, sedangkan candidate atau calon calonya ramai.
Ada juga yang nak balik kampung. Kelantanese nak balik klate, Pahangites nak balik pahang, Negritos nak balik nogori, Johorian nak balik johor. maka di carinya kompetensi yg ada di state state. Yg mana mempunyai kompetensi contohnya jalan, jurutera yg berasal dari kelantan, maka akan cuba minta post jurutera jalan di kelantan, jurutera projek highway di KB, manakala yg berasal dari Nogori Sembilan akan pohon jurutera projek di Negeri Sembilan, begitulah seterusnya bagi Negeri negeri lain.
Kalau ini berlaku kemungkinan ada cawangan yang tak popular perlu ditutup, kerana tidak ada buyers.
Justeru itu it must be a mixture of both. Cawangan ini dengan kompetensi sekian perlu dikembangkan, namun cawangan itu dengan kompetensi itu (walaupun x ramai yg minat) perlu di kembangkan juga.
BDSM lah yang se elok eloknya look at this helicopter view, memikirkan minat dan kompetensi pegawai pegawai berkenaan and decide mana beliau sepatutnya di tempatkan. It must be two ways of communication.
Penempatan bukan setakat minat dan kompetensi sahaja. Usia, kesihatan, masalaah keluarga, kewangan, faktor pencen perlu di ambil kira juga.
Contoh Ahmad mempunyai kompetensi dalam jambatan dan minat yang mendalam. Beliau memohon untuk menjadi Jurutera Projek Jambatan Dabong Kelantan. Namun post itu mungkin terpaksa di berikan kepada Awe, kerana beliau dah nak pencen, kesihatan x berapa baik, anak isteri beliau berada di kota bahru dan dah terpisah di sebabkan tugasan melebih 20 tahun. Dan beliau pun pernah menjaga projek jambatan cuma mungkin minatnya tak sedalam ahmad.
Thus kelebihan kepada Awe outweighh minat dan kompetensi si ahmad.
Perkara perkara begini perlu dilihat oleh badan yg menjaganya.
Its tough but decision has to be made.