Sekadar memberi pandangan.....
Ia merupakan case study yang agar menarik, akan tetapi ia bukan insiden pertama yang pernah berlaku terhadap jambatan. Beberapa insiden kebakaran telah pernah terjadi dijambatan dan punca kejadiannya juga dari sumber yang pelbagai.
Namun adakah pihak kita peka dan ambil berat terhadap punca kejadian kebakaran? Adakah pihak kita menyimpankan rekod insiden kejadian, punca kejadian dan tindakan kaedah pembaikan yang telah dilaksanakan? Kesemua rekod itu akan menjadi lesson learnt yang sangat bermanfaat kepada jabatan dan bahan rujukan yang penting kepada pegawai yang terlibat.
Berikut adalah beberapa insiden yang pernah terjadi:-
- Jambatan ke Pulau Indah, Kelang - terdapat dua insiden punca kejadian yang telah berlaku, satu akibat litar kabel TNB yang menumpang bawah deck slab jambatan itu terbakar dan satu lagi terkena pada soffit U-beam pada rentang darat akibat kebakaran sampah.
- Jejambat di Subang Kelana - isiden yang terjadi dalam box girder akbibat pembakaran cable wire yang telah dicuri.
- Jambatan berhampiran dengan roundabout di MRR2 Kepong - insiden yang diakibatkan oleh pembakaran sampah oleh pihak ketiga.
- Jambatan KEM di Kelang - insiden pembakaran sampah yang berlaku di kawasan sekitar abutment sehingga sebahagian besar soffit rasuk terjejas.
- Jambatan di laluan FT52 Kelang - insiden yang diakibatkan oleh kebakaran sampah oleh pihak ketiga.
Berikut adalah jawapan dan pandangan terhadap soalan case study yang dibentangkan oleh Dr Zack:-
- Kenapa ada kesan pembakaran? Terjadinya kesan kebakaran itu adalah dari punca pembakaran longgokan sampah yang dilakukan oleh pihak ketika yang telah menceroboh kedalam rizab jalan kita.
- Kenapa berlaku spalling? Terdapat beberapa punca penyumbang seperti berikut yang akan mengakibatkan terjadinya spalling. a) Moisture caused. b) Lost of bond within rebar and concrete due to thermal impact. c) Expansion of course aggregates. d) Impact of explosive caused by expansion of rebar. e) Fast cooling of concrete caused by sprinkling water.
- How to determine the area affected? Cara mudah adalah melalui coring disekeliling sempadan kesan kebakaran pada pier untuk menentukan tahap micro-cracking dan debonding yang terjadi dengan kaedah Radiography and Acoustic Techniques dan Microscopic imaging bagi menentukan tahan micro cracking bagi menjustifikasikan area affected.
- What else should be done? Syor cadangan kaedah pembaikan perlu dilaksanakan dengan berpandukan kepada kajian dan laporan yang telah diperolehi. Disamping itu tahap kecacatan juga perlu dikaji bagi menentukan tahap integriti komponen pier untuk terus menampung dead load dan life load mengikut kehendak rekabentuk. Jika keutuhan pier itu tergugat makan kaedah pembaikan yang berkonsepkan strengthening perlu dilaksanakan. Susulan kepada itu pelan untuk memperketatkan kawalan pencerobohan oleh pihak ketiga bersambit dengan isu pembuangan sampah disekitar jambatan harus dibendung dan dihalang.