Terima kasih atas pertanyaan, Pn @SKhadijah.
Peranan moderator Portal JCoP Cafe merangkumi aspek berikut:
- Mempromosikan dan menggalakkan penggunaan JCoP Cafe yang aktif secara berterusan
- Memantau penggunaan JCoP Cafe dari semasa ke semasa
- Mengenalpasti dan mencadangkan domain/sub-domain baru JCoP Cafe yang berkaitan dengan bisnes Jabatan
- Meneliti dan memberi maklumbalas kepada isu/soalan yang berkaitan dengan bidang kepakaran masing-masing dalam tempoh yang munasabah
Manakala peranan SME dan Pakar Rujuk Jabatan adalah:
- Meneliti dan memberi maklumbalas kepada isu/soalan yang berkaitan dengan bidang kepakaran masing-masing dalam tempoh yang munasabah
- Mengenalpasti dan mencadangkan domain/sub-domain baru JCoP Cafe yang berkaitan dengan bisnes Jabatan
Senarai lengkap moderator, SME dan Pakar Rujuk Jabatan boleh dirujuk di laman berikut: https://jcop.vms.my/jcop-cafes-moderators/