search
Log In
10 votes
82 views

Let's talk & discuss!

in Structure 2,990 points 17 28 52

2 Answers

9 votes

Sistem pemasangan komponen konkrit di dalam pembinaan telah lama digunakan di Malaysia. Salah satu penggunaan awal sistem komponen konkrit pasang siap adalah di pembangunan rumah pangsa Jalan Pekeliling di awal tahun 60'an. Kerajaan mula melangkah untuk mensyaratkan penggunaan IBS bermula dari tahun 2008 selkaras dengan pengeluaran pekeliling perbendaharaan 7/2008. Selepas 12 tahun, Kerajaan sekali lagi mengeluarkan arahan pekeliling PK 1.4 pada Januari 2020 bagi memperkukuhkan penggunaan IBS di dalam projek projek Kerajaan.

JKR telah banyak membuat inisiatif untuk menggalakkan IBS di dalam sistem binaan JKR, di antaranya RISP, Precast Catalogue, Rekabentuk PAP bercirikan IBS, Rekabentuk Bahan Binaan Alternatif IBS.

Pada pandangan saya perlu juga dilihat dan di kaji model 'procurement' Kerajaan, model bisnes Kontraktor dan juga model bisnes pembekal IBS di dalam negara ini. Jika terdapatnya jurang yang ketara di dalam model-model ini, maka agak sukar untuk kita memaksimakan penggunaan IBS di dalam sistem binaan JKR. 

Di samping itu, pegawai-pegawai perlu menyokong dasar ini dengan sepenuhnya dan perlu bersikap terbuka. IBS ini bukan sahaja terhad kepada precast konkrit, bahkan ianya juga melibatkan berbagai bahan dan juga kaedah. Seringkali, pihak CKAS menerima permohonan pengecualian penggunaan IBS di atas sebab tiada pembekal precast konkrit atau lain-lain sebab berasaskan precast konkrit dan permohonan ini datang dari pegawai JKR sendiri.

50,250 points 25 103 239
2 votes
Saya juga mendapati pegawai-pegawai JKR sama ada di tapak, daerah, negeri mahupun peringkat Ibupejabat sendiri tidak pandai untuk mengira skop IBS. ini adalah salah satu perkara asas dalam perlaksanaan IBS dan dalam masa yang sama kita dapat kita juga dpt belajar komponen-komponen IBS
1,660 points 2 10 25
...