Untuk pengetahuan puan, saya adalah salah seorang kakitangan JKR yang telah terlibat dengan QLASSIC ini semasa saya berada di Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan JKR dahulu (sebelum cawangan ini dibubarkan). Pada pendapat saya sendiri, adalah bagus untuk menyerapkan QLASSIC ini di dalam setiap projek JKR kerana dapat banyak membantu dari segi kualiti sesuatu projek selepas projek tersebut siap. Pelbagai aspek yang kami uji (termasuk kualiti dinding, kemasan, pintu, tingkap dll). Selepas setiap aspek diuji, kami akan mengira jumlah peratusan projek tersebut untuk dinilai sebagai projek yang berkualiti atau tidak.
Sekiranya QLASSIC ingin diserapkan di dalam JKR, saya adalah kakitangan yang akan menyokong dengan usul itu.
(Sekadar berkata dari pengalaman)