search
Log In
5 votes
43 views
Bagaimanakah Pelaksanaan PROTEGE dalam kontrak Kerajaan dapat membantu mengurangkan kadar pengganguran siswazah?
in Contract Management 2,090 points 5 15 29

1 Answer

2 votes

PROTEGE iaitu Program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs merupakan inisiatif penting Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Program PROTÉGÉ adalah satu program yang bertujuan membantu graduan menganggur membangunkan keupayaan diri secara mempersiapkan dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan potensi diri dan peluang kebolehpasaran graduan.

Program Protege ini memberi kesempatan untuk membantu graduan baharu dengan menyediakan platform untuk latihan, baik di dalam kelas mahupun di tempat kerja dan pendedahan yang memberi manfaat jangka panjang kepada mereka.  Di mana pengalaman berharga seperti ini akan memberi siswahzah keyakinan untuk menghadapi pelbagai cabaran ketika mereka mula mencorakkan kerjaya mereka,

Selain itu, program ini memberi banyak manfaat kerana siswazah bukan saja memperoleh pengalaman dalam dunia pekerjaan tetapi dapat memperluas hubungan dan mempertingkat diri dalam pelbagai kemahiran melalui latihan diberikan.  Juga mempunyai peluang yang besar untuk diserap untuk menyertai syarikat sekali gus menjadi pekerja tetap.

Anak muda pewaris kepemimpinan negara.
Catatan : adaptasi dari google search.

15,670 points 20 42 116
...