search
Log In
4 votes
41 views
Apakah tindakan yang boleh dilaksanakan oleh JKR Daerah jika didapati terdapat kenderaan berat melebihi muatan yang dibenarkan dan tidak mendapat kelulusan bertulis daripada pihak CSFJ telah menggunakan Jalan Persekutuan menuju ke destinasi tertentu?
in Pavement 560 points 1 6 14

1 Answer

3 votes

Sekadar memberi pendapat dan pandangan......

Sebenarnya penggunaan Jalan Persekutuan oleh kenderaan berat telah lama menjadi isu yang hanggat dibincang dan juga menjadi salah satu contributing factors terhadap durability dan kerosakan jalan. Bukan sahaja itu kemampuan jambatan lama sediada yang usang dan dari kalangan load bearing capacity dibawah MTAL juga menghadapi masalah serta tanggungan beban yang sama oleh kenderaan berat tersebut sehingga keutuhannya terjejas.

Dalam isu ini, pihak tuan mungkin boleh rujuk kepada Seksyen 70 - Kuasa Menyekat Penggunaan Kenderaan Pada Jalan Tertentu dan Seksyen 86 - Sekatan Bagi Kenderaan Di atas Jambatan yang terkandung dalam Akta 333 - Akta Pengangkutan Jalan Persekutuan 1987 sebagai panduan untuk tindakan sewajar yang boleh diambil. Disamping itu pihak tuan juga perlu merujukkan kepada Jadual-jadual berkaitan yang terkandung dalam Buku Statistik Jalan JKR dalam Bab Perintah Sekatan Berat Jalan Persekutuan sebagai panduan yang sah perihal isu sekatan terhadap kenderaan ikut configuration Gandar kenderaan yang telah diluluskan.

48,820 points 106 195 351
0

Good sharing, Tn @TanCKyes

0
Terima kasih mr. tan
...